Skip to content

MORY SACKO, RESTORAN LOUIS VUITTON PERTAMA

Kongsikan artikel ini
2 of 2

 

 

Seni dekorasi restoran akan menyalun kod Louis Vuitton, dalam kolaborasi bersama Mory Sacko sendiri. Penggunaan material seperti kayu, rotan, dan juga tali menetapkan ton kepada keseluruhan restoran, bersama sentuhan bunga-bunga Monogram dan koleksi perabot Objects Nomandes yang unik. Statement gaya penuh magikal berlatarkan pesisiran laut Mediterranean yang indah.

 

 

Dari segi sajian, Mary Sacko menyediakan seleksi menu yang diinspirasikan daripada pengembaraan, dan disatukan bersama bahan-bahan tempatan dengan inspirasi luar. Untuk hidangan tengah hari, cef muda itu mengolah sajian daripada ‘ekiben’ yang merupakan set makanan Jepun yang selalunya boleh didapati di stesen dan tren. Penuh kreativiti dengan rasa musim panas ini dihidangkan di atas dulang kayu buatan eksklusif cef sendiri dan bekas-bekas kaca yang dihiasi dengan bunga dan dedaunan.

 

 

Sajian makan malam pula, seleksi menu meneruskan pengembaraan cita rasa dengan pilihan tapas bersama hidangan tradisional. Egg ‘misonnaise’, taco terung vegetarian, seleksi ikan amberjack, udang krai, rusuk prime panggang serta rich tagines yang dipersembahkan dalam pinggan seramik, selain fenel mentah dan salad manga, plantain rempah paprika salai sebagai pelengkap.

Pengembaraan Mory Sacko at Louis Vuitton di Saint Tropez ini menggunakan bahan-bahan tempatan untuk hidangan berasaskan sayuran, dengan berlatarkan destinasi yang menggabungkan seni autentik dan kesederhanaan. Buat yang berada di Saint-Tropez, layari https://restaurantsainttropez.louisvuitton.com untuk membuat tempahan.

 

Foto: Louis Vuitton

Baca lebih lanjut: 5 AKTIVITI MENYERONOKAN ANDA BOLEH CUBA DI THE TAARAS BEACH & SPA RESORT

2 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut
sahur

5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

5 RESTORAN DI KUALA LUMPUR UNTUK MAKAN MALAM ROMANTIK

Bacaan Lanjut
the table suria klcc

PENGALAMAN KULINARI JEPUN, THE TABLE KINI DIBUKA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut