Skip to content

RISIKO MENYELAMAT SEIRING NYALAAN POPULARITI, SAIFUL DAN SHAFIQ KONGSI PAHIT GETIR PROFESION AHLI BOMBA

Kongsikan artikel ini

Tahun lepas merupakan saat sukar lagi getir buat profesion bomba termasuk rakyat Malaysia sendiri di mana banyak kejadian tidak diingini berlaku melibatkan anggota bomba yang ‘kecundang’ kala berkhidmat untuk masyarakat dan negara. Bermula dengan kematian 6 anggota bomba ketika dalam operasi menyelamatkan kanak-kanak lemas di Puchong, kemudiannya kisah pemergian anggota bomba, arwah Muhammad Adib Mohammad Kassim yang ‘gugur’ selepas bertarung nyawa selama 21 hari selepas dikasari ketika rusuhan di sebuah kuil. Al-fatihah buat mereka semua.

Yang pasti, profesion sebagai seorang anggota bomba bukannya mudah, namun semakin sukar. Bertarung nyawa demi menyelamatkan orang lain, dan sedia berkorban jiwa dan raga untuk masyarakat dan negara. Namun sisi lainya, berikutan perkembangan media sosial dalam arus perdana, kini ramai sudah membuka mata bahawa betapa mulianya kerjaya ini, malah anggota bomba kini semakin mudah untuk didekati masyarakat.

 

GLAM Lelaki cukup menyanjungi setiap individu di sebalik pakaian celoreng bomba ini. Atas itu, GL berkesempatan untuk menemubual dua orang anggota bomba yang kini berkhidmat, ASMASAIFULHAYAT AHMAD dan SHAFIQ MOHAMAD; juga turut aktif di media sosial, berkongsi pahit getir bergelar ‘abang bomba’. Jom ikuti temubual eksklusif GLAM Lelaki bersama dua hero tidak didendang ini.

2 of 2

SHAFIQ MOHAMAD

GLAM Lelaki: Kongsikan serba sedikit tentang diri anda? Nama penuh, umur, adik beradik, kerjaya, hobi dan apa saja yang menarik tentang diri anda?

SHAFIQ MOHAMAD: Terima kasih kepada editor web GLAM Lelaki kerana sudi menembual saya. Assalamualaikum semua. Nama saya Muhammad Shafiq Bin Mohamad. Lebih mesra dipanggil Apit. Berumur 21 tahun dan anak ketiga dari empat adik beradik. Hobi saya street workout dan berlari. Dari kecil saya memang mengemari sukan dan aktiviti lasak yang ekstrem.

GLAM Lelaki: Terangkan tentang kerjaya anda sebagai ahli bomba. Bertugas di mana, bahagian apa, berapa lama berkhidmat dan sebagainya.

SHAFIQ MOHAMAD: Anggota bomba adalah salah satu kerjaya yang mulia, disegani dan disayangi oleh setiap lapisan umur, seterusnya merupakan satu kerja ibadah kerana selalu menolong orang di dalam kesusahan. Saya kini bertugas di Balai bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Pulau Pinang dan kini sudah masuk dua tahun bertugas sebagai seorang anggota bomba.

GLAM Lelaki: Mengapa memilih kerjaya sebagai seorang ahli bomba?

SHAFIQ MOHAMAD: Secara jujurnya, kerjaya sebagai anggota bomba bukanlah kerjaya impian saya dari kecil. Bahkan dahulunya saya sendiri pun tak pernah tahu apa tugas-tugas bomba yang lain selain daripada memadamkan kebakaran. Saya mula meminati kerjaya bomba selepas saya menjalani latihan rekrut hampir 6 bulan dan perasaan minat itu datang dengan sendiri selepas merasai pengalaman memadamkan kebakaran ketika di operasi kebakaran.

GLAM Lelaki: Pengalaman PAHIT & MANIS sepanjang menjadi ahli bomba?

Pengalaman pahit sepanjang bekerja adalah ketika pergi operasi khidmat khas menangkap haiwan berbisa (ular sawa) saya telah digigit dan mengakibatkan kecederaan ringan manakala pengalaman manis sepanjang bekerja adalah saya ditauliahkan Peserta Kursus fizikal Terbaik ketika pentauliahan anggota pasukan Khas Storm.

GLAM Lelaki: Tip serta kriteria untuk menjadi seorang ahli bomba?

SHAFIQ MOHAMAD: Apa yang boleh saya kongsikan adalah untuk menjadi seorang anggota bomba, keberanian adalah yang paling penting. Ini adalah kriteria yang paling utama, selain keikhlasan.

Sebabnya kita perlu sentiasa ikhlas dalam setiap operasi menyelamat dan sedia untuk berkorban apa saja demi masyarakat dan negara.

GLAM Lelaki: Cabaran menjadi ahli bomba jika di zaman sekarang berbanding zaman dahulu?

SHAFIQ MOHAMAD: Pada pendapat saya, cabaran zaman sekarang lebih tinggi berbanding zaman dahulu kerana kini terdapat banyak bahan kimia, bahan elektronik yang canggih, bahan letupan dan pelbagai lagi. Bahan-bahan ini memberikan lebih cabaran kepada anggota bomba dalam melakukan pemadaman sekaligus meningkatkan risiko kecelakaan dan kemalangan.

GLAM Lelaki: Dek dunia sosial media yang semakin berkembang, ahli bomba masa kini dilihat kini semakin mudah didekati rakyat malah anda juga telah mengumpul pengikut yang ramai di Instagram dll. Apa yang boleh anda kata tentang perkara ini? Baik buruknya.  

Sejujurnya, kebaikan memiliki pengikut yang ramai di Instagram saya adalah dapat membuka mata masyarakat tentang kerjaya bomba ini dan menarik minat anak-anak muda menyertai kerjaya ibadah ini. Tiada keburukan, cumanya saya perlu menjaga tatatertib di setiap posting kerana saya membawa nama anggota pasukan keselamatan negara dan penjawat awam.

GLAM Lelaki: Tanggapan salah yang selalu orang fikirkan bila bercakap mengenai profesion bomba. Persepsi yang anda banyak dengar dan ingin anda betulkan.

SHAFIQ MOHAMAD: Persepsi masyarakat adalah anggota bomba tidak melakukan apa-apa dan banyak masa lapang jika tiada kebakaran dan kemalangan yang berlaku. Itu adalah salah. Ini kerana jika tiada sebarang panggilan kecemasan, kami banyak menghabiskan masa untuk membuat latihan, persediaan di samping mengekalkan kecergasan setiap anggota dan banyak lagi.

GLAM Lelaki: Di mana anda melihat diri anda dalam tempoh 5 tahun akan datang. Impian anda.

SHAFIQ MOHAMAD:  Insyallah jika diizinkan dan dimurahkan rezeki saya akan menghabiskan pengajian ijazah saya dan dinaikkan pangkat sebagai pegawai pegawai kanan.

GLAM Lelaki: Kata-kata terakhir anda?

GLAM Lelaki: Saya berharap saya dapat membuka mata masyarakat tentang kerjaya bomba ini bahawa ia bukanlah satu kerjaya yang mudah, sangat berisko tinggi dan mempertaruhkan nyawa. Akhir kata, hargailah jasa dan pengorbanan hero yang tak didendang ini.

 

2 of 2

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut