OBSES BERSWAFOTO? ANDA SEBENARNYA ADA MASALAH MENTAL!
Adakah anda seorang yang suka berswafoto atau ‘selfie’? Jika ya, anda mungkin mengalami penyakit mental! Ya, itulah menurut pakar motivasi dan kaunselor Hushim Salleh. Biar betul! Apatah lagi jika anda seorang individu yang obses berswafoto sehingga sanggup menggadaikan nyawa sendiri. Penilaian ini adalah berdasarkan pesakit di pusat kaunselingnya.
“Mereka sebenarnya kesunyian dan didorong untuk mencari liburan sendiri. Mereka ingin menonjol dalam masyarakat tetapi pada masa sama, mereka mempunyai masalah psikologi dan personaliti yang cukup berbeza,” katanya sambil menambah bahawa golongan ini juga adalah seorang introvert.
Hushim berkata pesakitnya juga mengakui bahawa mereka tidak kisah jika gambar mereka mendapat kritikan, selagi mereka memperoleh kepuasan dalam setiap gambar yang diambil mereka. Pakar psikiatri Universiti Malaya Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid berkata trend berswafoto masih belum dikelaskan sebagai penyakit mental yang kronik kerani ia telah mencapai tahap yang sangat membimbangkan dan perlu diberi perhatian segera. Malahan ahli psikiatri di seluruh dunia mengklasifikasikannya sebagai gangguan mental sejak kebelakangan ini.
Jelas beliau, “Satu kajian yang dijalankan di United Kingdom dan India ke atas 225 remaja menunjukkan bahawa 65% daripadanya mempunyai masalah Perilaku Selfitis Behavior (SBS),” katanya. SBS menyatakan bahawa mereka yang mengambil sekurang-kurangnya enam swafoto dan memuat naiknya di akaun media sosial mereka setiap hari diklasifikasikan di bawah selfitis kronik (obses mengambil gambar diri sendiri).
Dr Rusdi menambah bahawa perbuatan mengambil swafoto dikaitkan dengan personaliti narsisistik bagi mereka yang telah mengalami masalah psikiatri seperti gangguan kebimbangan dan ketagihan (anxiety and addiction disorder).
Oleh Wan Mohd Firdaus, 2 Julai 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ADAKAH ANDA SEORANG SAPIOSEKSUAL? KETAHUI CIRI-CIRINYA!
‘Nafsu’ mereka lebih terarah kepada tahap pemikiran seseorang. Jadi, adakah anda seorang sapioseksual? Ini tanda-tandanya.
PANDUAN DO’S & DON’TS UNTUK TAMPIL LEBIH SEGAK BERGAYA
GLAM Lelaki senaraikan panduan ‘Do’s & Don’ts’ supaya wajah si jejaka tampil lebih segak dan bergaya untuk kelihatan lebih berkeyakinan.
ARE YOU A SHOPAHOLIC? AYUH SEGERA ATASINYA!
Jika anda punya tabiat membeli yang kritikal, ada sudah layak digelar seorang shopaholic. Ayuh ikuti langkah-langkah dari GLAM Lelaki untuk mengatasi masalah ini.
HP TAFSIR SEMULA ERTI KERINGANAN DALAM ERA KERJA BAHARU DENGAN PELANCARAN INOVASI PC & MESIN CETAK
Rangkaian “Lightness in The New Era” direka khas untuk pengguna perniagaannya dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.
KEKAL TAMPAN DAN BERSTAMINA DI USIA 45 TAHUN, PENAMPILAN HRITHIK ROSHAN YANG TERBARU BIKIN KEJUTAN
Nama Hritrik Roshan kembali hangat diperkatakan apabila susuk tubuhnya yang terbaru membuatkan netizen mengila!
DASHING MENGUMUMKAN KERJASAMA RASMI SERANTAU BERSAMA JUVENTUS DI MALAYSIA
Kedua-duanya berkongsi nilai yang sama seperti semangat berpasukan yang tinggi, semangat persaudaraan dan sentiasa bersedia untuk bersama.