Skip to content

“PENYAMPAIAN PSIKO ATAU REVERSE PSYCHO MAINKAN PERANAN..” KENALI SAFWAN SAWI, WARTAWAN TV3 VIRAL DEK GAYA LAPORAN BERSAHAJA

Kongsikan artikel ini

Isu MRT pernah hangat diperkatakan. Kemudahan Transit Aliran Massa (MRT) aliran Sungai Buloh-Kajang yang baru dilancarkan ternyata mendapat respon positif daripada masyarakat tempatan khususnya. Bercakap mengenai MRT, pasti kita tidak boleh melupakan sedutan laporan seorang wartawan yang menarik perhatian penonton dengan gaya penyampaian bersahaja ketika tampil dengan sebuah laporan khas berkaitan MRT di Buletin Utama baru-baru ini, seterusnya laporan TNB dan lain-lain. Mungkin inginkan sesuatu kelainan atau juga ingin menonjolkan identitinya tersendiri, GLAM Lelaki menghubungi wartawan TV3 Safwan Sawi dan memintanya berkongsi pengalaman serta identiti penyampaiannya bersama kami.

3 of 6

GLAM Lelaki: Cara penyampaian anda mengupas isu tentang Transit Aliran Massa Jajaran Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) menjadi viral dan tular diperkatakan netizen. Pernahkah anda menyangka gaya penyampaian anda itu akan menarik perhatian orang ramai. Apa reaksi anda dan orang di sekeliling anda?

SAFWAN SAWI: Saya langsung tidak pernah menyangka ia akan menjadi tular buat kali kedua pada isu yang sama dan saya anggap ianya satu kebetulan kerana saya sentiasa meletakkan diri saya sebagai “jurnalis cabok”. Saya sedar saya sebenarnya masih hijau dalam industri penyiaran ini dan masih perlu belajar lebih banyak perkara serta berguru dengan rakan-rakan senior dan “otai” yang jauh lebih berpengalaman.

GLAM Lelaki: Apakah sebenarnya motif atau tujuan yang ingin anda sampai dan capai menerusi gaya penyampaian anda itu?

SAFWAN SAWI: Mulanya saya menolak tugasan ini sebab saya sudah pernah tular tahun lalu untuk isu yang sama iaitu MRT SBK Fasa I. Dalam masa yang sama saya mahu memberi peluang kepada rakan wartawan lain merasai menaiki MRT kerana saya percaya akan ada lagi idea berbeza, baharu dan lebih segar jika kita memberi peluang wartawan lebih muda untuk berkarya. Namun akhirnya saya akur dengan Editor Kanan yang memberi tugasan itu beranggapan wartawan yang pernah mengupas isu MRT SBK Fasa I lebih mudah untuk mengolah isu MRT Fasa II.

Memandangkan ianya disiarkan pada hari Sabtu (siri i) dan Ahad (siri ii), saya mengambil peluang menggunakan pendekatan berita yang agak santai kerana saya merasakan ianya sesuai untuk berita hujung minggu. Menggunakan elemen MRT sahaja saya rasa belum cukup untuk mencuri tumpuan penonton untuk mencuba MRT jadi saya cuba untuk mewakili pengguna seperti pekerja yang akan berulang-alik dari rumah ke tempat kerja, pengguna yang mahu ke pusat rel utama KL Sentral, pengguna yang mahu beriadah seperti membeli belah atau makan satay. Semua itu saya mahu penonton berimaginasi dan teruja dan akan mencuba menaiki MRT selepas menonton berita yang saya sampaikan.

Alhamdulillah, saya mendapat pasukan yang kuat dan hebat, iaitu jurukamera MRT SBK fasa I, Jufri Judin menawarkan diri mahu bekerjasama sekali lagi dengan saya. Selain Jufri dengan bantuan jurukamera “otai”, Ali Othman atau lebih dikenali sebagai “Ali Tangga” (suka shot naik tangga) yang begitu berpengalaman luas dalam produksi; serta visual editor muda Afif Syahamah dengan ideanya yang “out of this world” dan segar membuatkan saya bersemangat untuk menghasilkan berita ini.

Safwan Sawi dan jurukamera, Jufri Judin.

Safwan Sawi bersama editor visualnya, Afif Syahamah.

Fasa II diibaratkan sebuah “comeback” kesinambungan daripada fasa I. Jadi untuk mengetahui sebuah penceritaan yang lengkap, penonton perlu mengikuti perkembangan bermula dari promo, laporan siri I, II, dan III fasa I tahun lalu diikuti dengan teaser, promo siri I, laporan siri I, promo siri II, dan laporan siri II fasa II tahun ini. Tapi yang tular hanya siri terakhir bagi setiap fasa.

Kenapa campak-campak barang? Konsep itu adalah konklusi akhir lambang serta simbol kemegahan dan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai infra rakyat bertaraf dunia. Kenapa tak campak kaca mata? Bro, kalau patah saya memang takde spare! Haha…

Teruskan membaca…

3 of 6

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut