PERLUMBAAN FORMULA 1 2021 BAKAL DITUNDA
Penganjuran Formula 1 Grand Prix Australia untuk edisi pembukaan 2021 yang dijadualkan pada 21 Mac akan ditunda ke tarikh yang lain, selepas sekatan pergerakan pandemik Covid-19 yang baharu diperkenalkan di Victoria, Australia.
Selepas dunia mula dilanda impak pandemik Covid-19 awal tahun lalu, penganjuran kempen Formula 1 untuk kalendar 2021 terus mencabar selepas perlumbaan pembukaan edisi tahun ini terpaksa ditunda ke tarikh yang baharu. Grand Prix Australia yang akan berlangsung pada 21 Mac di Melbourne, Australia akan digantikan dengan Grand Prix Bahrain yang dijadualkan pada 28 Mac selaku perlumbaan pembukaan yang terbaharu.
Punca utama penundaan perlumbaan Grand Prix Australia kali ini adalah disebabkan oleh sekatan pergerakan baharu yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa Victoria. Ia mewajibkan semua yang terlibat untuk menjalani kuarantin selama 14 hari selepas tiba di Melbourne. Sekatan pergerakaan ini memerlukan semua yang terlibat, termasuklah pemandu Formula 1 untuk tiba tiga minggu sebelum bermulanya perlumbaan. Langkah yang diperketatkan ini ditetapkan oleh pihak penganjur untuk menjamin keselamatan kesemua 1500 personal yang terlibat.
Walau bagaimanapun, peminat Formula 1 tidak perlu risau dengan berita penangguhan ini. Kalendar perlumbaan edisi 2021 akan menyaksikan sebanyak 23 buah negara penganjur yang merupakan tertinggi dalam sejarah Formula 1. Antara negara yang sudah mengesahkan penglibatan mereka termasuklah Bahrain, China, Sepanyol, Monaco, Azerbaijan, Kanada, Perancis, Austria, United Kingsom, Hungary, Belgium, Netherlands, Itali, Rusia, Singapura, Jepun, Amerika Syarikat, Mexico, Brazil, United Arab Emirates dan Arab Saudi yang akan menganjurkan perlumbaan dunia pertama mereka di Jeddah.
Tarikh baharu buat perlumbaan Grand Prix Australia akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Menurut pihak penganjur, Grand Prix Australia 2021 berkemungkinan besar akan diadakan selepas musim panas. Februari ini juga, Melbourne turut sama akan membuka kalendar sukan antarabangsa mereka dengan pertandingan tenis Terbuka Australia yang dijadualkan bermula pada 8 sehingga 21 Februari 2021.
Baca lebih lanjut: $2208000 HARGA JAM TERMAHAL HEUER MONACO
Foto: Instagram @lewishamilton
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Porsche Mempersembahkan 911 GT3 Dengan Desain Baharu
Porsche melancarkan edisi ketujuh kereta sport berkuasa tinggi, 911 GT3 yang menampilkan kolaborasi bersama Porsche Motorsport.
LEWIS HAMILTON MENDAKI GUNUNG SEBAGAI LATIHAN UNTUK FORMULA 1
Lewis Hamilton bangun seawal pagi setiap hari untuk mendaki gunung bersalji.
BEBAS COVID, NAMUN LEWIS HAMILTON GAGAL REBUT GELARAN JUARA
Berita baik untuk kesihatannya, namun kurang baik untuk kerjayanya. Dia gagal merebut gelaran juara dan terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga.
SUSUK SEGAR KOMPAK SAV BMW X1
Menyingkap tirai tahun 2020, BMW Malaysia mempersembahkan nuansa kelasakan yang diperbaharui dalam rangkaian BMW X yang dipasang di dalam Malaysia.
AKHBAR DIOR MEN MERAMAL MASA DEPAN
Dior Men memperbaharui cetakan Newspaper mereka dalam seleksi fesyen dan akesori baru untuk musim bunga/panas ini.
BERGAYA INDIVIDUALIS NAN SPORTY
Tampil dalam Varian Cooper S, Clubman baru ini menggabungkan ciri-ciri pemanduan mini yang mengujakan dengan keupayaan pemanduan harian serta buat kemudi perjalanan berjarak jauh.