Skip to content

Pesta Nasi Lemak kembali!

Kongsikan artikel ini

Who can resist nasi lemak??

Tahun ini, ‘konvensyen’ nasi lemak terbesar di dunia kembali lagi! Seramai 40 penjual nasi lemak dari serata Lembah Klang, Ipoh, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor akan bertandang ke Kuala Lumpur untuk pesta makan I EAT NASI LEMAK 2016.

top40heroesnl_3

Berlangsung Sabtu ini, 5 November, acara anjuran FriedChillies ini menjemput seluruh warga Malaysia untuk turun ke TM Convention Centre, Bangsar bermula 9:00 pagi untuk menikmati segala macam hidangan nasi lemak.

Misalnya, Nasi Lemak Habib dari Batu Pahat dengan smokey sambal istimewa digandingkan dengan sup tauhu.

Nasi Lemak Nayan dengan nikmat sambal ikan keli goreng sebagai pengganti ikan bilis.

Nasi Lemak Pak Ya yang kembali tahun ini berbekalkan 20 tahun pengalaman sebagai pakar nasi lemak, menawarkan ayam goreng rempah dan puyuh goreng sebagai lauk tambahan.

Atau nasi lemak dari Ujong Pasir, Melaka yang dihidangkan dengan udang kunyit dan ayam sambal hijau.

Jangan lupa Nasi Lemak Cik Chom yang menggunakan dua jenis beras – beras Siam dan beras wangi yang disemai dengan pandan – dan dihidangkan dengan sotong King dan siakap goreng yang garing, dengan hirisan epal menggantikan timun… we can go on!

nasilemaklandscape-1

Dan suatu kelainan berbanding tahun lalu, setiap penjual akan menyediakan nasi lemak mereka dalam porsi yang cukup sesuai untuk ‘tasting’, untuk membenarkan anda mencuba sebanyak boleh nasi lemak yang disediakan. Sperti dulu, transaksi jualan nasi lemak akan dilakukan melalui kupon, dan anda boleh membeli buku kupon di tapak pesta.

3 Perkara Perlu Tahu untuk I EAT NASI LEMAK 2016

1. Pembelian kupon

Segala makanan dan minuman dijual menggunakan transaksi kupon. Kupon boleh dibeli di lokasi acara.
Satu booklet berharga RM10, yang mengandungi 5 kupon bernilai RM2 setiap satu.

2. 40 aneka nasi lemak untuk dicuba!
Kenali kesemua 40 penjual yang mengambil bahagian di link ini. Senarai ini merangkumi 30 usahawan nasi lemak dari Pelabuhan Klang dan 10 yang dijemput dari Ipoh, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
Setiap vendor akan mengikuti jadual jualan masing-masing. Layari link ini untuk mengetahui jadual vendor-vendor nasi lemak pilihan anda.

3. Tempat & masa
Berlangsung esok, Sabtu, 5 November, sebagaimana tahun lalu, I Eat Nasi Lemak 2016 akan diadakan di TM Convention Centre, Menara Telekom Malaysia, Jalan Pantai Baharu, KL, bermula jam 9:00 pagi hingga 5 petang.
The best part? Parking adalah percuma di TMCC Parking. Anda juga boleh menggunakan LRT Putra laluan Kelana Jaya dan berhenti di Stesen Kerinchi, yang terletak cuma 3 minit berjalan kaki ke tapak acara.

Layari pautan ini untuk rujukan checklist anda untuk pesta makan ini. Ayuh, sama-sama kita raikan kegemilangan, kelazatan dan keistimewaan makanan  kebangsaan ini di #IEatNasiLemak 2016!

 

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut
sahur

5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut