Skip to content

SENARAI BUFET RAMADAN HOTEL PILIHAN GLAM LELAKI YANG LAZAT & HARGA BERPATUTAN

Kongsikan artikel ini
2 of 8

BAGAIKAN MENIKMATI MASAKAN IBU – BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL

Banyak pilihan menu yang dihidangkan seperti rangkaian Kerabu, salad, Paru Berlada, Pedal Hati Ayam Masak Cili, Tempeh, Acar Buah, Acar Rampai dan juga pilihan menu bufet antarabangsa seperti Thai Green Curry Duck, Dawood Basha (Bebola kambing Arab), Ayam Masala masak cara India, Jelfrezi sayur, Filet Salmon, tomato, Salsa Timun dengan sos Lada Bengala merah, Sous Vide Beef Steak dengan cendawan, kupang Goreng Mentega dan Lada Hitam dan Udang Harimau Goreng Kuali.

Jika anda inginkan makanan yang lebih tradisional, Berjaya Times Square Hotel turut menyediakan hidangan seperti Kari Kepala Ikan Citarasa Bonda, Lempeng Pisang Kepala Bidara, Kambing Golek Penawar Rindu, Nasi Lemak Lobster Tersohor, Otak-Otak Dibuai Rasa dan Sous Vide Burger Nusantara. Acara berbuka puasa anda tidak lengkap tanpa pilihan manisan yang disediakan. Anda boleh memilih daripada pelbagai jenis buahan, kuih tradisional Melayu, Mango Charlotte, Kek Pandan Keju Chifon, Brownie Coklat, Fruit Flan, Mixed Berry Panna Cotta, agar-agar santan dan kacang hijau dan banyak lagi.

Bazar Ramadan Berjaya Times Square Hotel ini akan diadakan bermula dari 8 Mei sehingga 2 Jun 2019 bermula dari 6.30 petang sehingga 10.30 malam di tingkat 14. Untuk minggu pertama (8 hingga 12 Mei 2019) dan minggu terakhir (29 Mei sehingga 2 Jun 2019) promosi, harga untuk  dewasa adalah RM118 sementara harga untuk kanak-kanak adalah RM48. Pada 13 Mei sehingga 28 Mei 2019, harga untuk dewasa adalah RM128 manakala untuk kanak-kanak adalah RM58.

Tawaran istimewa untuk anda, nikmati satu kemasukan percuma jika lapan dewasa membayar penuh untuk bufet tersebut. Dan bagi tempahan awal, anda boleh mendapatkan baucar bernilai RM98 nett untuk dewasa dan RM48 nett untuk kanak-kanak. Untuk membuat tempahan, anda boleh menghubungi Big Apple Restaurant di talian ini 03-2117 8000 (ext.8133) atau layari  laman web rasmi Berjaya Time Hotel.

2 of 8

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut