Teks: Putra Mokhter

Zaman kini, bukan kaum wanita sahaja yang punya obsesi membeli-belah, namun kaum lelaki juga turut sama berebut-rebut untuk membeli sepatu baru, helaian trench coat dari jenama mewah, mahupun seutas jam yang kadang tidak masuk akal harganya. Mengapa ini terjadi? Adakah disebabkan paksaan dari orang sekeliling anda ataupun kemahuan tersendiri? Apa-apapun, jika anda punya tabiat membeli yang kritikal, ada sudah layak digelar seorang shopaholic. Ayuh ikuti langkah-langkah dari GLAM Lelaki untuk mengatasi masalah ini.

A gambler counts out cash while making a proposition bet on Super Bowl XLV at the Las Vegas Hilton in Las Vegas, Nevada January 27, 2011. The Pittsburgh Steelers and the Green Bay Packers will compete in Super Bowl XLV in Arlington, Texas on February 6. REUTERS/Las Vegas Sun/Steve Marcus (UNITED STATES - Tags: SPORT FOOTBALL)

KETAHUI KEPERLUAN ANDA

Pastikan sebelum memulakan proses membeli-belah, catat dahulu senarai barang yang anda benar-benar perlukan. Ini memudahkan anda untuk fokus membeli barangan tertentu sahaja. Fahami dan kenal pasti dahulu keperluan harian anda.

PELAN BAJET

Pelan bajet anda. Ini adalah salah satu cara efektif yang membolehkan anda pelan kewangan anda juga. Bila adanya cara sebegini, anda tidak mudah untuk membeli barangan yang bukan keperluan harian anda dan secara tidak langsung, mengurangkan kos kerugian untuk kewangan peribadi anda.

USAH LAMA DI MALL

Ramai di antara kita yang selalu menghabiskan masa di shopping mall. Konsepnya mudah, lagi lama anda berada di dalam mall, lagi banyak wang yang anda akan keluarkan untuk membeli barangan kepentingan anda. Selalunya situasi sebegini berlaku apabila hari pertama anda mendapat gaji ataupun musim sale. Tawaran diskaun rendah akan menyebabkan anda akan berada lama di dalam pusat beli-belah. Usah tertipu dengan promosi iklan yang ditawarkan. Ada baiknya sebelum anda memasuki mana-mana gedung komersil, tanamkan dalam fikiran anda, “Hanya beli barangan keperluan sahaja.”

TINGGALKAN KAD KREDIT DI RUMAH

Kebanyakan shopaholic tergoda dengan impulse purchase – membeli secara spontan, tanpa dirancang, tanpa berfikir panjang. Sampaikan ada yang menyesal dengan pembelian yang dibuat. Hasilnya, almari dipenuhi pakaian ataupun kasut yang tidak pernah pun dipakai mahupun buku yang tidak pernah dibaca. Impulse purchase semakin menjadi-jadi pabila adanya kad kredit. Sebab bila kita inginkan sesuatu namun wang tunai tidak cukup, swipe saja! Untuk mengurangkan pembelian spontan, keluarkan kad kredit daripada dompet anda dan simpankan sahaja di rumah. Jadi, pabila keluar ke pusat beli-belah, anda akan terasa tersekat untuk shopping dengan tiadanya kad kredit. Ini juga akan memaksa anda berfikir panjang (“Do I really need those shoes?”) agar tidak menyesal dengan mana-mana pembelian tidak dirancang.

LAKUKAN AKTIVITI LAIN

Apa kata anda mencuba sesuatu yang baru? Lupakan niat membeli anda dengan melakukan aktiviti lain yang mendatangkan faedah. Bersukan, membaca ataupun menulis merupakan antara aktiviti yang bukan sahaja mendatangkan faedah, malah ia percuma!

BIMBINGAN KAUNSELING

Mengikut kajian, seorang shopaholic akan mempunyai tekanan perasaan dan murung jika tidak melakukan aktiviti membeli-belah. Jika anda mempunyai masalah sebegini, adalah baiknya jika anda berjumpa dengan pakar kaunseling. Jika lama anda biarkan, ia akan menjadi lebih kritikal dan boleh menyebabkan struktur kewangan anda terganggu. Jangan ambil mudah perkara sebegini, ayuh lakukan sesuatu mengenainya!