Skip to content

marina bay sands Singapore

TEROKAI PERCUTIAN MEWAH ERA BAHARU DI MARINA BAY SANDS, SINGAPURA

Kongsikan artikel ini
2 of 3

The Luxe Collection

Dalam memberikan penghormatan kepada karakter botanikal dan multi-budaya di Singapura, desain baharu diterjemahkan melalui karya seni, perabot mewah dan elemen garis yang lebih clean. Setiap bilik hotel menampilkan desain yang akan mengelevasikan pengalaman penginapan yang selesa, tenang, dan mengujakan. Seperti syurga di tengah kepesatan kota Singapura!

marina bay sands

Setiap ruang bilik hotel kini disempurnakan dengan foyer batu marmar, yang menampilkan panel venier kayu eucalyptus, pencahayaan tersendiri dan karya seni terpilih. Ia juga dilengkapi oleh taupe sebagai warna asas. Kepala katil pula membiaskan layar Cina yang boleh didapati di rumah kedai Peranakan, manakala karpet wul Axminster pula menampilkan motif inspirasi dari Arab Street. Kedua-duanya merupakan biasan kepada kepelbagaian budaya di Singapura.

Desain sebagai sebuah penginapan urban, kamar mandi dihangatkan dengan skrin kaca artisan dan pencayaan tersendiri untuk memberikan deria ketenangan. Pengalaman penginapan turut sama dipertingkatkan dengan variasi kemudahan berjenama di sekitar bilik. Antaranya cadar Frette mewah, haruman Maison 21G tailor-made, peralatan porselin Legle, sistem bunyi Bang & Olufsen dan banyak lagi.

Intergrasi Teknologi Dan Kelestarian Alam

Pengunjung yang minat pada teknologi pasti tertarik dengan pengalaman yag disedaikan di dalam setiap ruang penginapan. Selain televisyen Samsung bersaiz 75-inci, setiap bilik juga kini dilengkapi dengan teknologi pintar seperti pod pengesan tanpa wayar di meja katil, sensor penginapan dengan motion-activated serta peralatan mesra pengguna. Juga panel kawalan lampu dan langsir untuk kemudahan setiap pengunjung.

marina bay sands

Setiap desain yang diterapkan juga mengintergrasikan fungsi kelestarian alam untuk penjimatan energi. Sensor penginapan motion-activated akan mengesan kehadiran pengunjung yang akan membuka langsir secara automatik. Manakala penyaman udara juga akan kembali kepada set yang telah dilaraskan seperti asal.

 

2 of 3

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut
sahur

5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE HOTEL & CONVENTION CENTRE KUALA LUMPUR DIBUKA SEMULA

Bacaan Lanjut

DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE MENAWARKAN PERCUTIAN ‘THE MALAYSIAN EXPERIENCE’ BAHARU

Bacaan Lanjut