Skip to content

TIBA MASANYA ANDA UNTUK MEMASANG PHILIPS HUE DI KEDIAMAN ANDA!

Kongsikan artikel ini

Philips Hue, produk dari Philips yang inovatif dan moden. Keunggulan Philips Hue adalah manfaatnya dalam mencipta atmosfera di rumah dan mempengaruhi suasana buat penghuninya. Dengan Philips Hue, anda boleh mengubah pencahayaan menerusi pengalaman terbaik. Pencahayaan rumah yang saling berhubung menawarkan kemungkinan tanpa batas untuk anda bermain dengan warna, keseragaman cahaya dengan TV, gaming, audio dan filem untuk menghasilkan efek yang lebih dramatis.

“Terdapat banyak perbincangan tentang Smart Home dan hari ini kami menunjukkan bahawa dengan sistem pencahayaan tanpa wayar peribadi ini, anda mampu menyalakan pencahayaan rumah anda dengan lebih bijak. Fikirkan Philips Hue sebagai langkah pertama ke arah masa depan anda” kata Alston Foo , Ketua Saluran Pengguna untuk Signify di Singapura dan Malaysia. Philips Hue diperkenalkan pada 2012 dan mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2017.

(Kiri ke kanan) Esmond Tsang, Ketua Pemasaran untuk Signify di ASEAN dan Alston Foo, Kepala Saluran Konsumen untuk Signify di Singapura / Malaysia

Sejak pengenalan Philips Hue di pasaran, pengguna telah menyoroti cahaya berkualiti tinggi, pemasa yang boleh diprogramkan serta mengawal pencahayaan mereka dari luar rumah. Keupayaan untuk mengsetkan tetapan cahaya peribadi serta memperibadikan dan menguruskan pencahayaan dengan sentuhan butang dari peranti mudah alih (telefon pintar) juga merupakan sebahagian daripada aplikasi kegemaran pengguna Hue. Yang pasti ia membantu anda untuk lebih bertenaga, meningkatkan konsentrasi, kala membaca dan bersantai bersama keluarga.

Pek pemulaan termasuk tiga mentol putih dan warna yang boleh diskru pada lampu sedia ada, dan sebuah bridge yang dipasangkan ke  Wi-Fi rumah anda. Philips Hue dijual dengan harga RM849 dan boleh didapati di Lazada, peruncit Philips, kedai Apple & IT utama serta kedai berkonsep pelbagai gajet. Untuk maklumat lanjut mengenai Philips Hue, lawati meethue.com/en-my.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 Ogos 2018

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut