Skip to content

Toxic Masculinity Dalam Kesihatan Mental Dan Fizikal

Toxic Masculinity Dalam Kesihatan Mental Dan Fizikal

Kongsikan artikel ini
3 of 4

Tubuh badan yang berotot menjadi idola kerana ia mencerminkan fizikal maskulin yang sempurna. Sekali gus, golongan lelaki turut menjadi mangsa dalam isu body image. Lelaki berotot diraikan sebagai puncak kejantanan dan, oleh itu, lelaki berbadan gempal dan kurus secara rutin dianggap sebagai tidak menarik.

Setiap lelaki “abang sado” yang saya kenali (rakan atau saudara-mara) hanya satu perkara yang saya ingati seacara berterusan dalam setiap topik perbualan mengenai ketagihan mereka dalam meluangkan masa di gim: mereka tak pernah berpuas hati mengenai tubuh mereka. Kadangkala merasakan diri mereka terlalu kurus, kadangkala terlalu gemuk. Masalahnya, apa yang saya lihat tidak ada perbezaan yang ketara pun! Lebih-lebih lagi pada musim PKP ini, waktu operasi gim makin tak tentu. Hal ini, kerap memberikan kebimbangan kepada mereka kerana tidak dapat melakukan rutin gim mereka seperti biasa. Instafamous juga lebih kurang sama sahaja. IG caption: “I miss going to gym”.

Tidak pasti apa punca mereka insecure mengenai tubuh mereka (tekanan dari melihat badan lelaki lain yang lebih baik dari mereka di gim? media massa? Instagram? pornografi? siapa tahu?) apa sahaja alasnya, dalam perspektif saya yang tidak ada hobi seperti mereka mungkin tidak memahami secara sepenuhnya. Tetapi saya tidak dapat menafikan bahawa apa yang saya lihat adalah seolah-olah mereka mempunyai satu ketagihan dalam membina otot. Ya benar, amalan gim adalah gaya hidup sihat jika dipraktikkan dengan betul. But this? Sorry, i think this is muscle dysmorphia!

Juga dikenali sebagai bigorexia, muscle dysmorphia ialah adalah bentuk gangguan dysmorphic tubuh di mana sering lelaki dan wanita yang sangat berotot, menjadi terlalu obsesi dengan jisim otot atau lemak badan mereka, biasanya sehingga menyebabkan mereka terlalu ragu-ragu terhadap penampilan fizikal mereka. Petanda boleh wujud dalam pelbagai bentuk: meluangkan masa di gim secara berlebihan; enggan makan makanan anda tidak menyediakan diri anda kerana meragukan kandungan kalori; dan sebagainya. Body Dysmorphic Disorder Foundation menganggarkan bahawa sekitar sepuluh peratus lelaki yang menghabiskan masa mereka di gim mungkin memilikinya.

3 of 4

By Razin Abu Bakar
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

Bacaan Lanjut
TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut