Skip to content

TRANSFORMASI TUBUH IZZAT ZIN KINI JADI INSPIRASI

Kongsikan artikel ini

Mohd Izzat bin Mohd Zin, suatu ketika dahulu bukanlah sesiapa. Memiliki berat badan 140 kg ternyata menyukarkan pergerakannya. Jauh di sudut hati, ingin sekali dirinya untuk kelihatan segak dan bergaya persis rakan-rakan yang lain. Namun, apakan daya, dek saiz badannya yang terlalu gemuk, Izzat akur tiada mana-mana pakaian yang dapat menyerlahkan personaliti dan potensi dirinya yang sebenar. Hinaan dan cacian menjadi ‘makanan’ ruji empunya badan. Enggan lagi melalui seksaan semua itu lalu Izzat tekad! Ya, dia tekad untuk mengubah nasibnya.

Dan kini, lihatlah. Mohd Izzat bin Mohd Zin, atau lebih mesra dikenali sebagai Izzat Zin sudah berjaya memiliki tubuh idaman. Malah, dirinya dilihat cukup segak, berketerampilan malah kacak dan bergaya, ibarat seorang model berjaya. Bagai sukar untuk percaya, siapa menyangka transformasi zero kepada hero Izzat menjadi perhatian netizen maya dan GLAM Lelaki tidak terkecuali untuk menyoroti perjalanan hidupnya yang mudah-mudahan menjadi tauladan buat mereka yang ingin mengubah nasib mereka. Ikuti temubual eksklusif kami bersama beliau.

Sebelum dan selepas (Sumber foto: Ihsan Izzat Zin)

GLAM Lelaki: Boleh Izzat ceritakan serba sedikit mengenai diri anda.

Baiklah, pertama kali saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak GLAM Lelaki atas kesudian menemubual saya. Baiklah, nama saya Mohd Izzat bin Mohd Zin. Boleh panggil saya Izzat. Saya berasal dari Kota Tinggi, Johor. Saya merupakan anak sulung dari lima orang adik beradik. Hobi saya mendaki gunung dan kardio. Pendidikan saya adalah dalam Master dalam Pentadbiran Perniagaan.

GLAM Lelaki: Boleh Izzat cerita sedikit bagaimana bermulanya perjalanan Izzat dari seorang yang berbadan gempal dan kini sudah memiliki tubuh idaman.

Keinginan nak kurus itu sebenarnya dah lama, tetapi yang banyak menyokong adalah ibu saya. Ini kerana katanya nanti bila sudah habis belajar, tiada siapa yang nak ambil orang berbadan gempal. Lepas itu, saya juga sangat gemar berfesyen, jadi apabila berbadan besar memang sangatlah susah untuk memilih baju yang cantik dan padan. Jadi, saya jadikan ini semua sebagai motivasi saya untuk ubah bentuk badan saya.

Transformasi mengagumkan Izzat Zin yang hangat diperkatakan netizen. (Sumber foto: Ihsan Izzat Zin)

GLAM Lelaki: Mungkin Izzat boleh recap semula kenangan-kenangan buruk yang pernah Izzat lalui sepanjang berbadan gempal yang diingati hingga kini?

Yang paling saya ingati, pernah sekali jalan seorang diri di kampung, kemudian budak-budak di kawasan kejiranan tersebut mengejek-ejek saya dengan panggilan ‘abang gemuk, abang gemuk!’. Memang sedih dan ‘down’ gila sewaktu itu.

Izzat Zin kini persis dan tidak ubah seperti seorang model selepas berjaya melalui transformasi. (Sumber foto: Ihsan Izzat Zin)

GLAM Lelaki: Boleh Izzat ceritakan bagaimana caranya Izzat berjaya melakukan transformasi ini yang mungkin berguna buat pembaca-pembaca yang ingin mengikut jejak langkah Izzat?

Saya mulakan dengan diet dan kurangkan makan. Memandangkan dulu belum ada banyak pendedahkan kepada bidang ini, jadi saya try and error dulu. Kemudian, apabila dah terbiasa saya akan mulakan dengan tidak memakan nasi dan potong pengambilan gula. Setelah penurunan berat jelas kelihatan, saya mulakan aktiviti-aktiviti kecergasan seperti joging dan mendaki gunung.

GLAM Lelaki: Apa perancangan Izzat sekarang, serta selepas ini, sejak sudah memiliki tubuh idaman. Mungkin ada impian yang belum Izzat kecapi sewaktu berbadan gempal dahulu.

Pada waktu sekarang, saya bertugas sebagai jurulatih Zumba serta jurulatih penurunan berat badan. Melalui program yang saya kendalikan iaitu The Boosters, ia adalah aktiviti berkumpulna, seperti kumpulan sokongan (support group) untuk sama-sama menjalani kehidupan lebih sihat, di mana kami berkongsi tip serta resipi permakanan sihat. Kami berjumpa seminggu dua kali di Johor Bharu. Terfikir juga untuk terjun dalam bidang seni tetapi saya lebih kepada bidang pengacaraan.

GLAM LELAKI: Siapaka idola Izzat dalam bidang kecergasan?

Idola saya adalah kawan-kawan saya yang melalui pengalaman seperti saya, iaitu Amirul Agam dan Fatin Ayuni. We shared the same struggle.

Aktiviti pendakian adalah aktiviti kegemaran Izzat Zin. (Sumber foto: Ihsan Izzat Zin)

GLAM Lelaki: Nasihat yang boleh Izzat berikan buat mereka yang baru berjinak dalam bidang kecergasan dan yang ingin turunkan berat badan namun masih belum berjaya.

Nasihat saya, nak turunkan berat badan memang susah dan sangat mencabar. Yang penting kena sabar. Jangan pula di awalnya bersemangat, masuk bulan seterusnya putus asa pula. Keep on working out and control your diet! Percayalah cakap saya. Jika saya boleh buat, anda pun pasti boleh! Saya akui memang susah tetapi ingin saya ingatkan, in the end it will all worth it.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 Mac 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
TRANSFORMASI CHRIS HEMSWORTH DALAM FILEM FURIOSA: A MAD MAX SAGA

TRANSFORMASI CHRIS HEMSWORTH DALAM FILEM FURIOSA: A MAD MAX SAGA

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut