Skip to content

VISA DIBATALKAN, NOVAK DJOKOVIC DIHALAU KELUAR DARI AUSTRALIA

Kongsikan artikel ini

Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic bakal terlepas kejohanan Grand Slam, Terbuka Australia 2022 selepas visanya dibatalkan dan akan dihalau keluar dari Australia.

Australia cukup terkenal dengan sistem imigresen dan undang-undang yang sangat ketat. Terbaharu, visa milik Novak Djokovic telah dibatalkan oleh kerajaan Australia sejurus dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne di Victoria. Pemain tenis nombor satu dunia itu ditahan selama enam jam untuk disoal siasat mengenai status pengecualian vaksinasinya. Dia kini ditahan di sebuah hotel kuarantin sementara menunggu penerbangan untuk meninggalkan Australia.

(Photo by Graham Denholm/Getty Images)

Sebelum ini, Novak Djokovic telah menjawab teka-teki mengenai penyertaannya di Terbuka Australia tahun ini Selasa lalu. Dia mengumumkan telah menerima surat pengecualian vaksinasi atas sebab masalah perubatan. Status vaksinasi pemain Serbia itu menjadi tanda tanya oleh peminat tenis sejak dia bermain pada edisi 2021 lagi.

(Photo by James D. Morgan/Getty Images)

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison memberitahu kes pembatalan visa Novak Djokovic ini bukan isu baharu atau terpencil dan menyatakan tiada sesiapa pun yang berada di atas undang-undang persekutuan. Australia mewajibkan semua yang mahu memasuki sempadan negara perlu lengkap vaksinani, kecuali yang mempunyai masalah kesihatan.

(Photo by Darrian Traynor/Getty Images)

Pemain tenis berusia 34 tahun itu kini sedang ditahan di sebuah hotel di Melbourne. Dia telah melantik peguam untuk membuat permohonan di mahkamah Federal Circuit Court. Peminat Novak juga dikatakan sedang berkumpul di luar hotel tersebut sebagai tanda memberikan sokongan. Novak pernah menyuarakan pendapatnya mengenai anti-vaksin yang telah menarik perhatian dunia.

(Photo by Cameron Spencer/Getty Images)

Dengan pembatalan visa tersebut, Novak Djokovic bakal terlepas daripada mempertahankan tropi kejuaraan Terbuka Australia tahun ini. Dia kini mempunyai 20 tropi Grand Slam, berkongsi senarai terbanyak bersama Roger Federer dan Rafael Nadal. Kejohanan tenis Grand Slam pertama itu bakal berlangsung bermula 17 Januaru 2022.

Foto: Getty Images

Baca lebih lanjut: “CABARAN SAYA ADALAH TIDAK JATUH CINTA DENGAN LUCIEN LAVISCOUNT “ – LUCAS BRAVO (GABRIEL) DARIPADA SIRI ‘EMILY IN PARIS’

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DANIIL MEDVEDEV TEWASKAN NOVAK DJOKOVIC DI TERBUKA AMERIKA SYARIKAT

Bacaan Lanjut

AESOP MEMANIPULASI MANFAAT PARSLEY SEED

Bacaan Lanjut
PERMOHONAN MAAF KHAIRY JAMALUDDIN MENIMBULKAN TANDA TANYA

PERMOHONAN MAAF KHAIRY JAMALUDDIN MENIMBULKAN TANDA TANYA

Bacaan Lanjut
APA PUNCA AERIL ZAFREL POSITIF COVID-19 KALI KEDUA?

APA PUNCA AERIL ZAFREL POSITIF COVID-19 BUAT KALI KEDUA?

Bacaan Lanjut

ROGER FEDERER TARIK DIRI DARIPADA SUKAN OLIMPIK TOKYO

Bacaan Lanjut

NOVAK DJOKOVIC JULANG TROFI WIMBLEDON KEENAM, GRAND SLAM KE-20 KESELURUHAN

Bacaan Lanjut