Skip to content

Warna-warni upacara penutup Sukan Paralimpik 2016, Rio.

Kongsikan artikel ini
Teks: Putra Mokhter  Gambar: Sumber Google
Rio de Janeiro - Cerimônia de encerramento dos Jogos Olímpicos Rio 2016, no Maracanã (Fernando Frazão/Agência Brasil)

Warna-warni pertunjukan bunga api di Stadium Maracanã, Rio de Janeiro

Berlangsung di Stadium Maracanã, Rio de Janeiro, upacara penutupan Sukan Paralimpik 2016 disambut dengan penuh warna-warni dan gilang-gemilang. Kawasan stadium dipenuhi dengan kehadiran penonton dari pelbagai negara, lambang sokongan mereka kepada para atlet, juga bersama barisan atlet paralimpik yang bersama-sama menjayakan upacara penutupan ini. Upacara dimulakan dengan pertunjukan warna-warni bunga api serta beberapa persembahan muzik yang turut memeriahkan upacara, lambang kejayaan temasya yang berlangsung selama 12 hari ini.

27395380

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi

Atlet Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong, malah mencipta satu sejarah dalam sukan paralimpik di mana atlet Malaysia berjaya meraih tiga pingat emas dan satu pingat gangsa. Atlet Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi menyumbang pingat emas dalam acara 100m T36 (cerebral palsy) dengan catatan masa 12.07 saat, sekali gus menjadikan ia rekod Sukan Paralimpik yang baru.

2016 Rio Paralympics - Men's Shot Put - F20 Final - Olympic Stadium - Rio de Janeiro, Brazil - 10/09/2016. Ziyad Zolkefli Muhammad of Malaysia celebrates winning the gold medal in the event. REUTERS/Ricardo Moraes FOR EDITORIAL USE ONLY. NOT FOR SALE FOR MARKETING OR ADVERTISING CAMPAIGNS.

Muhammad Ziyad Zolkefli

Seterusnya pingat emas kedua milik Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran), dengan jarak lontaran 16.84 meter dan berjaya mencipta rekod dunia dalam acara ini.

latif-romly-atas-teks

Abdul Latif Romly

Abdul Latif Romly, menyambung legasi kejayaan dengan meraih pingat emas yang ketiga buat Malaysia dalam acara lompat jauh lelaki T20 (masalah pembelajaran) dengan jarak lompatan 7.60 meter – memecahkan rekod dunia sebanyak tiga kali sepanjang acaranya!

siti-noor-radiah-ismail-rio00

Siti Noor Radiah Ismail

Pingat gangsa dimenangi oleh Siti Noor Radiah Ismail dalam acara lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajaran) bersama rekod baru Sukan Para Asia dengan lompatan sejauh 5.20 meter.

Menurut ketua kontijen Malaysia (CDM), Dr Ang Kean Koo, hasil setiap kejayaan yang dicapai oleh atlet paralimpik Malaysia memberi inspirasi kepada orang lain terutamanya atlet normal untuk berjuang dan bersemangat mencapai apa yang diidamkan.

Simbolik upacara ini, obor sukan paralimpik dipadamkan dan bendera paralimpik diserahkan kepada Datuk bandar Tokyo, Yuriko Koike. Jepun akan menjadi tuan rumah Sukan Paralimpik 2020 yang bakal diadakan di Tokyo.

Tahniah GLAM Lelaki ucapkan kepada kejayaan yang diraih oleh para atlet Malaysia dan membawa satu lagi kenangan manis dalam diari identiti negara Malaysia!

 

 

 

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FILA x Smiley®

“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS

Bacaan Lanjut
piala ryder

PERTANDINGAN GOLF BERKUMPULAN TERHEBAT DI PIALA RYDER

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut

BENTUK OTOT DALAM 30 HARI

Bacaan Lanjut
rolex us open

ROLEX US OPEN: THE FINALE OF THE GRAND SLAM SEASON

Bacaan Lanjut
5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

Bacaan Lanjut