CLOSE-UP BAJU KAHWIN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH UNTUK KENDURI RAKYAT SABAH
Majlis resepsi Syed Saddiq dan Bella Astillah di Sabah disambut meriah dengan kehadiran masyarakat yang meraikan kepelbagaian budaya dan warisan tempatan. Untuk penampilan istimewanya kali ini, Bella menyarungkan busana tradisional Sabah hasil rekaan Ocely, dilengkapkan dengan perhiasan kepala daripada Cazaluna.

Bella Astillah tidak dapat menahan sebak apabila melihat ribuan masyarakat hadir meraikan resepsi perkahwinan ketiganya bersama suami, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.
Dalam salah satu video yang dikongsi oleh pengunjung, Bella dilihat tersentuh dengan sambutan luar biasa masyarakat. Yang sanggup menunggu sejak awal pagi demi menyaksikan kehadiran pasangan pengantin baharu itu. Malah, ada yang sudah berada di lokasi seawal jam 6 pagi sebelum pasangan tersebut tiba sekitar jam 1.30 tengah hari.


Mengangkat tema etnik tradisional Sabah, majlis berkenaan menyaksikan para tetamu tampil dalam persalinan tradisional yang mencerminkan kekayaan warisan dan budaya tempatan.
Dari sudut fesyen, Bella memilih busana pengantin berinspirasikan pakaian tradisional Sabah hasil rekaan Ocely, sebuah jenama tempatan yang mengetengahkan keindahan busana warisan negeri tersebut. Persalinan tradisional moden dalam rona hitam dan merah itu menyerlahkan penampilan anggun Bella. Melengkapkan tema majlis yang diraikan.

Sementara itu, majlis yang pada awalnya menyasarkan kehadiran 10,000 tetamu mencatat sambutan jauh lebih besar apabila kira-kira 20,000 orang dilaporkan membanjiri lokasi berkenaan.
Kehadiran masyarakat daripada pelbagai lapisan ini menjadikan kenduri rakyat tersebut lebih daripada sekadar sebuah resepsi perkahwinan. Sebaliknya satu perayaan yang meraikan kebersamaan serta keunikan budaya Sabah.
Artikel berkaitan: 5 STAIL SEGAK SYED SADDIQ PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERJALANAN PENUH HUBUNGAN BELLA ASTILLAH DAN SYED SADDIQ
Baru sahaja selesai akad dalam satu majlis intimate Sabtu lalu, Bella Astillah dan Syed Saddiq kini memulakan babak baru dalam kisah cinta mereka.
5 FAKTA TENTANG PERNIKAHAN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH
Syed Saddiq bersama Bella Astillah selamat diijabkabulkan pada 10 Oktober 2026. Ketahui lima perkaran mengenai pernikahan mereka.
SELEBRITI TEMPATAN YANG HADIR KE F1 GRAND PRIX BAHRAIN DI SEPANG
Selain dari dentuman kereta F1 hujug minggu yang lalu, kehadiran selebriti tempatan di Sepang turut dinantikan oleh peminat.
SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH BAKAL BERNIKAH 10 OKTOBER 2026
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengumumkan bakal disatukan pada 10 Oktober ini.
SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026
Selain momen-momen fesyen ikonik, KLFW juga melihatkan siri selebriti yang berpakaian serba megah termasuk Bella Astillah.
SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BUKTIKAN ‘POWER COUPLE’ MASIH RELEVAN
Antara pasangan yang mendapat gelaran power couple pada tahun ini ialah Syed Saddiq dan Bella Astillah yang cukup sepadan.











