KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL BAKAL CETUS KEMUNCAK DI PAWAGAM 29 OKTOBER INI
Fenomena KUDRAT 1968 bakal mencapai kemuncak menerusi filem KUDRAT 1968: High Council pada 29 Oktober 2026.
KUDRAT 1968 meraih lebih satu bilion tontonan video di platform digital. Manakala tiket tayangan khas habis dijual dalam tempoh lima minit. Selepas empat episod, mereka mencetuskan pelbagai spekulasi serta perdebatan hangat. Selain itu, teori dalam kalangan peminat. Kisah perjuangan di sekolah Kudrat kini dibawa ke layar perak untuk sebuah pertembungan terakhir yang bakal menentukan nasib setiap watak serta masa depan Kudrat.

Menjelang tayangannya, keterujaan peminat semakin memuncak. Trailer rasmi Kudrat 1968: High Council meraih lebih satu juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam. Malah, tiket tayangan eksklusif Mega Fans Screening habis dijual dalam masa lima minit. Tiket Hari Manifesto yang menawarkan peluang kepada peminat untuk merasai pengalaman karpet merah dan menonton filem bersama barisan pelakon turut habis dijual dalam tempoh kurang sejam.
Sejak tayangan perdana siri pada 11 September lalu, KUDRAT 1968 terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara fenomena hiburan tempatan terbesar tahun ini. Siri tersebut mendominasi carta Top 10 kandungan TV di Astro dan sooka. Mereka juga menduduki tangga nombor satu di Netflix Malaysia selama enam minggu berturut-turut. Lebih membanggakan, fenomena ini berjaya mengumpul lebih satu bilion tontonan video merentas platform digital. Ia sekali gus membuktikan pengaruh besar francais tersebut dalam kalangan penonton tempatan.
Dengan slogan ‘Darah Kita Sama’, filem ini menampilkan Zarif Ghazzi sebagai Abbas, Mierul Aiman sebagai Kuda serta Dai Fuad sebagai Pa. Selain itu, Akmal Asyraf sebagai Piji dan Evertts Gomes sebagai Ghafar. Turut membintangi filem ini ialah Chech Harith sebagai Mazli. Hubungan persahabatan, kesetiaan dan pegangan peribadi setiap watak bakal diuji apabila konflik semakin meruncing. Filem ini turut menjanjikan sisi berbeza daripada karakter yang sudah dikenali penonton, di samping kejutan dan perubahan yang mampu mengubah segala tanggapan terhadap dunia High Council.
Konflik Lebih Tegang, Rahsia Kudrat Akhirnya Bakal Terbongkar
Diarahkan oleh showrunner dan pengarah Zulaikha Zakaria bersama pengarah bersama Khairi Asyraff, KUDRAT 1968: High Council membawa naratif yang lebih intensif dengan pertarungan kuasa serta konflik yang semakin sukar dikawal.
Kisahnya mengikuti Abbas yang kembali semula ke Kudrat. Namun, dia mendapati sekolah tersebut berada dalam keadaan terkawal selepas pihak berkuasa menemui kematian seorang pelajar yang sebelum ini disembunyikan. Ketegangan antara pelajar elit dengan penerima biasiswa turut memuncak sehingga mengancam keseimbangan kuasa yang selama ini wujud di sekolah berkenaan. Selain barisan pelakon utama, filem ini turut menampilkan Zamarul Hisham, Nabila Huda dan Datuk Seri Eizlan Yusof. Aziz M. Osman, Aleza Shadan, Yasmin Hani, Johnny Gillet, Fauzi Nawawi, Sharul Kamal, Fareez Fauzi dan Rusdi Ramli.

Turut menyertai barisan pelakon ialah bakat baharu seperti Umar Shakur, Muzayyin Mahyuddin, Jebat Zulfar, Nix Wong, Royce Iqram, Mokhtar Mohsin dan Zarul Zaidee. Penampilan khas pula melibatkan Tan Sri Mohamed Nazir Razak, Christy Ng dan Bengap Brothers.
Strategi Penceritaan Dua Format, Satu Dunia
Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Penerbit Eksekutif KUDRAT 1968: High Council merangkap Ketua Astro Shaw, sambutan luar biasa terhadap francais ini membuktikan kemampuan penceritaan tempatan untuk membina hubungan yang bermakna dengan penonton.
Dia turut mendedahkan bahawa lebih 9,000 peminat telah mengunjungi House of Kudrat. Jualan awal tiket filem tersebut sudah mencecah RM2 juta sebelum tayangan rasmi di pawagam. Menerusi pendekatan One Story, Two Formats, pihak produksi berhasrat mencabar kebiasaan dalam penceritaan dengan menawarkan pengalaman berbeza melalui siri dan filem. Jika siri memperkenalkan dunia Kudrat serta hubungan antara watak, filem pula membawa penonton menyelami sisi berbeza karakter yang dikenali menerusi konflik lebih besar dan kejutan yang tidak dijangka.

Pendekatan ini turut menjadi usaha Astro Shaw untuk memperluas potensi kandungan Malaysia. Bukan sahaja dari segi skala produksi, malah melalui pembangunan naratif yang mampu memberikan pengalaman tontonan berbeza tetapi saling melengkapi.
Jelajah KUDRAT 1968 Bakal Temui Peminat Seluruh Negara
Bagi mendekatkan lagi fenomena ini dengan peminat, barisan pelakon KUDRAT 1968 bakal menjelajah beberapa lokasi di seluruh Malaysia. Jelajah tersebut dijadualkan berlangsung di wilayah Selatan dari 6 hingga 8 November. Kemudian ia diikuti wilayah Utara dari 13 hingga 15 November, serta Pantai Timur dari 20 hingga 22 November. Penampilan mingguan di sekitar Lembah Klang turut dirancang. Penampilan ini akan memberi lebih banyak peluang kepada peminat untuk bertemu pelakon kegemaran mereka dan menyertai pelbagai aktiviti menarik.

Dengan sambutan luar biasa yang diterima, persoalan mengenai nasib Abbas, Kuda dan seluruh warga Kudrat akhirnya bakal menemui jawapan menerusi sebuah kemuncak yang menjanjikan konflik lebih mendebarkan.
Pautan berkaitan: KUDRAT 1968 REVEAL THE CAST! SIAPA PELAKON UTAMA FILEM INI?
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LILANZ BUKA BUTIK KEENAM DI PAVILION KL, PERKENAL KONSEP FESYEN ‘THE FIFTH SEASON’
LILANZ terus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia menerusi pembukaan butik terbaharu di Pavilion Kuala Lumpur.
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES
Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Evertts Gomes dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur.
SUARA KINI: MANIFESTASI SHARUL KAMAL JADI KENYATAAN
Untuk isu September 2026, GLAM Lelaki bawakan Sharul Kamal, salah seorang daripada penyanyi dengan latar belakang serta genre yang berbeza.
CABBEEN TERUS MENGUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA, BUTIK KEEMPAT DI IOI CITY MALL
Jenama fesyen lelaki, CABBEEN, terus mengembangkan pengaruhnya di Malaysia menerusi pembukaan butik keempat di IOI City Mall, Putrajaya.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN
Nama yang sememangnya semakin besar dalam dunia lakonan, Mierul Aiman juga aktif dalam dunia fesyen dengan jenamanya, DreamKid.
SIAPAKAH BARISAN PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2026?
GL The Man Awards 2026 kembali tahun ini demi meraikan lelaki-lelaki berpengaruh yang membentuk landskap gaya, seni dan budaya masa kini.











