Skip to content

DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI

DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI

Kongsikan artikel ini

Satu disiplin dimana setiap pecahan saat amat bermakna. Itulah sukan luncur ski, dimana sifat semulajadinya mencerminkan DNA Bell & Ross dengan cukup sempurna: ketepatan, kebolehbacaan, prestasi, dan penguasaan masa.

Introduksi terbaru Bell & Ross menampilkan dunia luncur ski yang berkelajuan tinggi sebagai tunjang inspirasi. BR-05 Chrono Snow Rocket menggabungkan estetika sporty sambil mengekalkan kebolehbacaan yang optimum. Sudah tentunya, warna salji mendominasi model ini. Dail berwarna putih dipadankan dengan sentuhan rona merah untuk jarum dan penanda jam. Skala takimeternya juga membangkitkan suasana salji tanpa berkrompomi dengan kelajuan, sekali gus menghasilkan sebuah jam tangan sejati yang direka untuk prestasi.

Dalam menegaskan lagi identiti lasak arloji, jarum jam direka bentuk secara terbuka – satu elemen yang diinspirasikan oleh ski lumba. BR-05 Chrono Snow Rocket ditawarkan dengan dua jenis tali untuk menampilkan dua gaya yang berbeza. Tali keluli dengan kemasan gilap dan satin melengkapkan reka bentuk sarung yang bersepadu, sementara tali getah berwarna merah terang pula selari dengan reka bentuk muka jam serta menonjolkan karakter sukan dalam jam tangan.

 

From the back

Dengan perincian penuh teliti, belakang sarung jam yang diperbuat daripada kristal sapphire mendedahkan pergerakan jam. Dilengkapi juga dengan siluet seorang pemain ski laju yang dicetak dalam warna merah, mencerminkan bahagian hadapan.

Setiap perincian mengutamakan kebolehbacaan dan kefungsian. Oleh kerana itu, kerangka keluli kemasan satin ini juga dikuasakan oleh kaliber automatik BR-CAL.326 dan menawarkan simpanan kuasa selama 60 jam.

Artikel berkaitan: MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

Bacaan Lanjut
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

Bacaan Lanjut
AUDEMARS PIGUET 'THE WATCH KEEPERS': TERPAKAI DAN DIIKTIRAF

AUDEMARS PIGUET ‘THE WATCH KEEPERS’: TERPAKAI DAN DIIKTIRAF

Bacaan Lanjut
MUARA HOROLOGI: SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

Bacaan Lanjut
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA IWC. ENGINEERED KE PAVILION KUALA LUMPUR

IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE

ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE

Bacaan Lanjut