6 FAKTA MENARIK TENTANG PELAKON UTAMA ‘PROJEK : HIGH COUNCIL’, MIERUL AIMAN
Pelakon muda, Mierul Aiman mula menjadi bualan peminat drama tempatan selepas membintangi drama hangat, “Projek: High Council” yang kini ditayangkan di Astro.
Mungkin ramai tidak tahu, pelakon yang sedang meningkat naik dalam industri, Mierul Aiman atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman bin Norazman merupakan juara rancangan realiti, Hero Remaja 2021. Namanya kini semakin menjadi bualan hangat warganet, selepas membintangi siri “Projek: High Council” yang ditayangkan bermula Januari lalu.
BERIKUT ADALAH 6 FAKTA MENARIK TENTANG PELAKON “PROJEK: HIGH COUNCIL”, MIERUL AIMAN :
MUHAMMAD AMIRUL AIMAN
Muhammad Amirul Aiman bin Norazman dilahirkan pada 14 Julai 1998. Dia baharu berusia 25 tahun. Amierul Aiman atau lebih dikenali dengan nama komersialnya, Mierul Aiman dilahirkan dan menetap di Putrajaya sehingga kini. Dia telah menamatkan pengajian dan memegang sijil Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal daripada UNISEL.
Mierul juga telah berkecimpung dalam bidang peragaan fesyen tempatan dan lakonan dengan membawa peranan sebagai watak sampingan semenjak dua tahun lalu.
Baca lebih lanjut: “KUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA” – RIZAL RASID
JUARA HERO REMAJA 2021
Mierul Aiman telah menjuarai rancangan realiti Hero Remaja edisi ke 11 pada tahun 2021. Edisi itu turut disertai beberapa lagi peserta yang memberi saingan yang kuat sehingga ke hujung rancangan. Antara Fazziq Muqris, Ideen Azman, Amir Ahnaf, Aqil Taqee, Afiq Hamidon, Alif Haiqal, Aryan Naim, Farhan Nordin, Syazani Zazinal, Zaid Erakad, dan Zaim Yazid.
Mierul Aiman memenangi rancangan itu selepas menunjukkan bakat lakonannya secara langsung yang sangat memukau.
Baca lebih lanjut: SKY ISKANDAR, MODEL & USAHAWAN ERA BAHARU. “I’M A DREAMER, I DREAM BIG AND I DON’T SETTLE”
KETINGGIAN MIERUL AIMAN
Ketinggian seseorang lelaki memainkan peranan yang amat besar. Lelaki yang memiliki ketinggian 175 keatas akan menjadi tumpuan wanita kerana ketinggian seperti ini rata rata dianggap sebagai lelaki yang dominan atau jantan. Ketinggian yang dimiliki Mierul Aiman iaitu 178cm adalah antara satu sebab kenapa jejaka ini menjadi kegilaan wanita selain memiliki bentuk badan yang ideal.
Baca lebih lanjut: THE BACHELOR INDONESIA BAKAL DIBINTANGI OLEH RICHARD KYLE
JAWLINE JANTAN
Selain memiliki ketinggian yang ideal, nama Mierul Aiman juga disebut-sebut peminat kerana mempunyai rahang jantan. Tidak hanya wanita yang memandang rupa fizikal dia, lelaki juga ada yang mengidolakan dan menginginkan rahang sepertinya.
Baca lebih lanjut: “GIGIH REBUT PELUANG” – FITRI FAROK
PEMAIN RAGBI
Semasa di zaman persekolahan, ragbi adalah sukan yang paling diminati Mierul Aiman. Dia telah menyertai pertandingan ragbi yang dianjurkan di sekolah berasrama penuh sejak 2011 lagi.
Baca lebih lanjut: “SAYA NAK ‘ALL OUT’ TAHUN INI!”- SHARUL AIMY
PROJEK: HIGH COUNCIL
Watak Fakhri yang dibawa Mierul Aiman di dalam siri “Projek : High Council” menjadi tular di media sosial sekaligus mendapat pujian oleh para netizen. Walaupun ini merupakan pertama kali dia membawa watak utama di skrin televisyen, rata-rata netizen mengatakan mutu lakonannya tidak kaku dan keras berbanding pelakon baharu yang lain.
Watak Fakhri ini juga amat sesuai dengan penampilan dan personaliti yang ada pada Mierul Aiman. Ini kerana karakter Fakhri merupakan seorang yang bijak tetapi kuat bergaduh di semua sekolah yang dia berpindah.
Strim “Projek: High Council” di Astro On Demand atau Astro Go setiap Sabtu bermula 14 Januari. Atau boleh saksikan di Astro Ria saluran 104 bermula 23 Januari, setiap Isnin, jam 9.00 malam
Foto : Instagram
Baca lebih lanjut : 5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG TIKTOK, NOAH BECK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI MOST STYLISH 2023
2024 is just around the corner! Jadi ini lah masa yang tepat untuk kita lihat siapakah lelaki yang paling stylish bagi tahun 2023 ini.
DEATH’S GAME, SIRI PRIME VIDEO TERBARU DIBINTANGI SEO IN-GUK DAN PARK SO-DAM
Prime Video melancarkan siri K-drama, "Death's Game" yang diterbitkan oleh SLL telah ditayangkan di Prime Video Malaysia dan lebih 240 negara bermula 15 Disember.
RECAP STAIL PERIBADI SELEBRITI LELAKI DI KLFW 2023
"KLFW is back once again!" Selain pertunjukan koleksi fesyen lokal terkini, KFLW juga dibanjiri oleh selebriti yang punyai gaya sendiri. Ini pilihan GLAM Lelaki.
HOT BOY SUMMER! MIERUL AIMAN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVER BOY
First time in GLAM Lelaki, kami mendekati Mierul Aiman yang mula serius untuk bergelar pelakon yang berjaya.
KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN MIERUL AIMAN & QASRINA
Bintang jelita, Qasrina Karim mencuri perhatian peminat baru-baru ini apabila dikatakan bercinta dengan jejaka pujaan ramai, Mierul Aiman.
10 GAYA ‘LIT’ DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2023
Dari gaya ranggi sehingga fesyen yang unik, barisan selebriti dan bintang media sosial mengolah stail fesyen tersendiri mengikut trend terkini di GLAM x GLAM Lelaki Fashion Party 2023.