Skip to content

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Kongsikan artikel ini

Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Zairi Aziz dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur. Satu reunion. Satu cerita. Dan satu persoalan. Dorm 403, ke mana langkah mereka seterusnya?

Mula melangkah ke bidang lakonan dengan memegang lagak ngeri, Zairi kini membuka ruang mencuba genre baharu menerusi filem Dorm 403. Kini, portfolionya disusuni domino drama yang cukup popular seperti Kelas Belakang, Bila Cinta Menjadi Dosa, dan Rumah Terakhir Abang. Meskipun dengan usia muda, sikap berani mencuba Zairi menjadi bukti bahawa nama pelakon 24 tahun ini wajar diberi perhatian.

 

Apa yang peminat boleh expect daripada karakter yang anda mainkan pada musim seterusnya?

Ia sebenarnya sebuah kejutan! Ramai yang mengingatkan karakter Sheikh dimatikan buat musim kedua dan ketiga. Namun, Sheikh sebenarnya masih lagi akan muncul bagi kedua-dua musim, dengan karakter yang lebih berkuasa dan lebih ‘gila’ daripada musim pertama.

 

Bagaimana drama Dorm 403 membina karakter anda sebagai seorang pelakon dan sebagai seorang individu?

Sebagai pelakon baru, drama bersiri Dorm 403 ini dapat membantu menaikkan nama Zairi dalam industri hiburan serta menyerlahkan diri Zai sebagai seorang pelakon. Lebih banyak peluang yang hadir daripada produser dan pengarah yang mengenali Zai melalui karakter Sheikh.

 

Apa persediaan yang dilakukan sebelum penggambaran musim akan datang?

Sudah semestinya banyak persediaan yang dilakukan. Dari segi karakter, ramai pelakon senior yang mencurahkan ilmu kepada saya apabila bertemu. Oleh itu, saya belajar banyak benda baharu yang boleh diaplikasi buat musim kedua dan ketiga ini. Saya juga lebih fokus dalam membina badan. Zairi nak jadi lebih handsome ketika musim kedua! Why not?

Artikel berkaitan: DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

Bacaan Lanjut