Skip to content

KENALI SIMI KHADRA, TEMAN WANITA BARU THE WEEKND BERKETURUNAN PALESTIN

KENALI SIMI KHADRA, TEMAN WANITA BARU THE WEEKND BERKETURUNAN PALESTIN

Kongsikan artikel ini

Aktor dan penyanyi, The Weeknd kembali dilamun cinta selepas dua tahun memegang status solo.

The Weeknd dirakam berpimpin tangan dengan kekasih barunya, Simi Khadra dan berpakaian sedondon sewaktu menghadiri festival muzik Coachella baru-baru ini. Kedua-duanya menyarung celana dan jaket putih bersama cermin mata hitam. Pelantun lagu Blinding Lights itu turut menyembunyikan wajahnya di sebalik bandana putih.

The Weeknd simi khadra

Foto: Backgrid

Bagaimanapun ini bukanlah kali pertama foto mereka dirakam paparazi. Pasangan itu dilaporkan mula menjalin hubungan pada April 2021, tidak lama selepas spekulasi percintaan The Weeknd dan Angelina Jolie tular di internet. Pada bulan Februari 2022, mereka dilihat berkucupan sewaktu meraikan ulang tahun kelahiran penyanyi itu di Las Vegas.

Jadi siapakah wanita yang berjaya mencuri hati The Weeknd selepas Selena Gomez dan Bella Hadid? Ini yang anda perlu tahu.

1 of 5

Membesar Di Serata Dunia

Simi Khadra menghabiskan zaman kanak-kanaknya di beberapa negara. Wanita Palestin ini dilahirkan pada tahun 1993 di Arab Saudi. Dia dibesarkan di London sebelum berpindah ke Dubai untuk melanjutkan pelajaran di sekolah tinggi. Dia kemudiannya mengambil ijazah dalam jurusan produksi filem dan seni halus bersama kembarnya, Haze Khadra di University of Southern California.

The Weeknd simi khadra

Foto: Instagram

Wanita berusia 30 tahun ini sangat berbangga dengan asal usulnya dan lantang bersuara mengenai negaranya. Dia sering menyertai protes hak asasi manusia dan pernah membantu mengumpul lebih RM91,000 untuk membina kediaman buat penduduk Gaza, menurut Grazia. “Saya berasa bertuah kerana kami adalah rakyat Palestin,” katanya dalam podcast On Purpose bersama Jay Shetty.

The Weeknd simi khadra

Foto: Instagram

1 of 5

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PERKAHWINAN SELEBRITI YANG GAGAL SELEPAS 20 TAHUN HIDUP BERSAMA

PERKAHWINAN SELEBRITI YANG GAGAL SELEPAS 20 TAHUN HIDUP BERSAMA

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut
CHRIS EVANS AKHIRNYA BERGELAR SUAMI KEPADA AKTRES PORTUGAL

CHRIS EVANS AKHIRNYA BERGELAR SUAMI KEPADA AKTRES PORTUGAL

Bacaan Lanjut
PERKAHWINAN JOE JONAS DAN SOPHIE TURNER DILANDA BADAI?

PERKAHWINAN JOE JONAS DAN SOPHIE TURNER DILANDA BADAI?

Bacaan Lanjut
RIHANNA & ASAP ROCKY DIKURNIA CAHAYA MATA KEDUA

RIHANNA & ASAP ROCKY DIKURNIA CAHAYA MATA KEDUA

Bacaan Lanjut
PERCERAIAN MENGEJUTKAN ARTIS HOLLYWOOD SEPANJANG TAHUN 2023

PERCERAIAN MENGEJUTKAN ARTIS HOLLYWOOD SEPANJANG TAHUN 2023

Bacaan Lanjut