Skip to content

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN MENGENAI KECURANGAN ZAYN MALIK

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN MENGENAI KECURANGAN ZAYN MALIK

Kongsikan artikel ini

Oktober tahun lalu menyaksikan terlerainya perhubungan Zayn Malik dan supermodel Gigi Hadid selepas enam tahun menjalin cinta kerana kecurangan Zayn Malik sendiri.

Kini, muncul pula satu berita kurang enak mengenai Zayn yang dikatakan mungkin menjadi salah satu penyebab mengapa pasangan merpati dua sejoli itu berpisah.

Seperti yang dilaporkan portal antarabangsa semalam, penyanyi berusia 29 tahun itu dikatakan menjalinkan hubungan dengan wanita lain sewaktu masih bergelar teman lelaki kepada Gigi.

Kecurangan Zayn Malik itu didedahkan sendiri oleh wanita tersebut, Abi Clarke yang merupakan bintang rancangan realiti Britain, TOWIE.

KECURANGAN ZAYN MALIK PUNCA HUBUNGAN DENGAN GIGI RETAK

Zayn Malik

Foto: Geo.TV

Menurut Irish Mirror, Abi mencanang kepada rakan-rakan bahawa Zayn terlalu taksub dengan dirinya dan perhubungan asmara mereka diibaratkan seperti filem Fifty Shades of Grey.

“Pengalaman saya bersamanya seperti kisah cinta Fifty Shades of Grey. Saya memanggilnya dengan gelaran ‘Mr Grey’. Kami seronok bersama,” katanya.

Perhubungan mereka dilaporkan bermula di Los Angeles namun berakhir tidak lama kemudian apabila Abi terlihat pesanan teks Gigi di telefon bimbit Zayn yang berbunyi, “Saya rindukan kamu.”

Enggan menjadi orang ketiga, Abi bertindak mengundur diri dan memutuskan perhubungannya dengan pelantun lagu Pillowtalk itu. “Saya sangkakan mereka telah berpisah. Saya amat menyesal,” tambahnya.

Foto: FilmMagic

Abi yang pernah menjalin hubungan dengan petinju profesional, Floyd Mayweather turut mendedahkan bahawa Zayn mengagumi bentuk tubuhnya yang seksi dan mengeluh tentang susuk kebanyakan wanita di Los Angeles yang terlalu kurus.

Ini bukanlah kali pertama Zayn berlaku curang dalam kehidupannya cintanya. Pada 2013 ketika bergelar teman lelaki kepada Perrie Edwards, dia dilaporkan berlaku curang dengan seorang pelayan kelab malam, Courtney Webb di London.

Perkara itu sampai ke pengetahuan media setelah Courtney yang mengakui tidak mengenali penyanyi itu berasa dirinya dipermainkan setelah mendapat tahu dia telah mempunyai kekasih.

Dua tahun kemudian setelah bergelar tunang Perrie, dia sekali ditangkap berlaku curang apabila aksinya berpegangan tangan dengan seorang pelajar bernama Lauren Richardson di Phuket, Thailand berjaya dirakam paparazi.

Setelah pasangan itu berpisah, Zayn menjalin hubungan dengan beberapa wanita dalam tahun yang sama sebelum bercinta dengan Gigi dari Disember 2015.

Mereka berpisah buat kali keempat pada Oktober 2021 dan berkongsi seorang cahaya mata perempuan bernama Khai Hadid Malik.

Gigi Hadid, Zayn Malik

Foto: Instagram

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: KASARI BAKAL IBU MENTUA, ZAYN MALIK DISABIT EMPAT KESALAHAN JENAYAH

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING

Bacaan Lanjut

YUNA MENCIPTA REKOD MEMBUAT PERSEMBAHAN KEPADA 4000 ORANG MALAYSIA TERBESARNYA

Bacaan Lanjut

MONTBLANC MEMARTABATKAN PUSTAKA

Bacaan Lanjut