Skip to content

SUARA KINI: VOKAL BESAR NADEERA DENGAN JIWA ROMANTIS

SUARA KINI: VOKAL BESAR NADEERA DENGAN JIWA ROMANTIS

Kongsikan artikel ini

Untuk isu September 2026, GLAM Lelaki bawakan Nadeera, salah seorang daripada empat penyanyi dengan latar belakang serta genre yang berbeza, menghiasi lampiran personaliti dengan bakat mereka dalam dunia muzik tempatan. 

Apabila ditanya tentang khabarnya kebelakangan ini, Nadeera berada di dalam fasa yang sibuk, menyiapkan albumnya yang bakal dikeluarkan pada tahun ini. Badan kecil yang memegang suara besar ini seringkali dianggap sebagai seorang yang introvert kerana rupa parasnya. Namun, Nadeera mengaku perangainya boleh kelihatan menjengkelkan, dan lebih terbuka apabila sudah dikenali lebih mendalam.

nadeera

1. Selain muzik, apa yang paling banyak mengisi masa anda sekarang?

Saya suka tonton filem di Netflix. Membazirkan masa saya di Netflix. Sekarang saya sukakan cerita-cerita romantik komedi seperti filem ‘People We Meet On Vacation’, Purple Hearts. Cerita seperti itu.

2. Saya juga sukakan romantik komedi! Jadi, daripada semua lagu yang pernah anda keluarkan, yang mana paling dekat di hati Nadeera?

Ada dua lagu yang menepati soalan ini. Yang pertama, Bukan Lagi Kita dan Cuba Jadi Aku. Itulah cerita yang bukan sahaja berkait dengan diri saya, malah kebanyakkan orang lain turut mengalami benda yang sama.

3. Apa cabaran sebagai seorang figura awam yang peminat tidak pernah nampak?

Kadangkala, mereka tidak tahu sebagai artis, kami sangat rapuh. Sebagai seorang manusia, sudah tentu kita ada terbaca komen-komen di media sosial, percakapan orang ramai tentang saya, dan ia memakan diri sendiri. Rakan-rakan yang berada di sekeliling banyak mengajar saya tentang kesabaran, mereka halang saya dari membaca komen-komen yang ditulis. Namun, sebagai manusia biasa, kita degil dan ada rasa ingin tahu. Jadi, orang tidak tahu kesedihan dan kesunyian yang dihadapi oleh seorang figura awam. Jadi, mental perlu disiapkan dari awal untuk menjadi seorang artis.

4. Anda jenis yang suka merancang semuanya lebih awal, atau lebih selesa ikut sahaja apa yang berlaku?

Saya seorang yang suka merancang, tetapi, selalunya tidak jadi. “Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan,” hahaha. Jadi, sering berlaku dalam kehidupan seharian saya ialah perkara yang tidak dirancang walaupun saya lebih selesa untuk merancang.

5. Kalau kehidupan anda sekarang ada runut bunyi (soundtrack), lagu apa yang sedang dimainkan?

Topik ini baru sahaja dibincangkan semalam sebenarnya (ketawa). Apa-apa sahaja lagu dengan lirik ‘keliru’, seperti lagu Keliru dari Nurul dan Ajai, serta Pematah Hati dari Nabila Razali. Sedang berada di dalam fasa keliru sekarang.

Pautan berkaitan: SUARA KINI: MANIFESTASI SHARUL KAMAL JADI KENYATAAN

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SUARA KINI: ALVY JOANNA JUMPA JIWA DALAM IMEJ BAHARU

SUARA KINI: ALVY JOANNA JUMPA JIWA DALAM IMEJ BAHARU

Bacaan Lanjut

SUARA BAHARU GL, 5 PENYANYI LELAKI YANG MENINGKAT NAIK

Bacaan Lanjut

HAEL HUSAINI, PERJALANAN MUZIK, SEBUAH PERJALANAN DIRI

Bacaan Lanjut

5 PENYANYI GENERASI BAHARU MALAYSIA YANG SEMAKIN MENYERLAH

Bacaan Lanjut

GL PLAYLIST: KOLEKSI LAGU RAYA TERBARU TAHUN 2026, DARI ALPHA, MIERUL AIMAN & HAEL HUSAINI.

Bacaan Lanjut

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI

Bacaan Lanjut