DI USIA 45 TAHUN, TUBUH TEGAP MARK WAHLBERG JADI PERHATIAN! APA RAHSIANYA?
Aktor popular, Mark Wahlberg memang terkenal dengan salah seorang pelakon lelaki yang cukup menjaga kesihatan tubuh badan demi kelangsungan karier dan kesejahteraan hidupnya. Bekas model dan ayah kepada empat cahaya mata ini mengejutkan Internet baru-baru ini selepas memuatnaik bentuk tubuhnya yang terkini. Di usianya yang berusia 45 tahun.
View this post on InstagramF45 results 45 day challenge. @f45_training #ageisjustanumber #nowine54days #cleaneating
A post shared by Mark Wahlberg (@markwahlberg) on
Ramai yang mengakui tidak terkejut namun memandang tinggi terhadap konsistenasi dan determinasi Mark yang sentiasa berusaha memastikan kesihatan tubuhnya terjaga. Menerusi kepsyen kepada gambar tersebut, Mark menulis, “age is just a number”. Jadi apa rahsianya?
Khabarnya, gambar yang dimuatnaik adalah selepas Mark berjaya menyudahkan cabaran F45 atau #F45Challenge, iaitu program berdurasi lapan minggu yang memfokuskan pembakaran lemak dan pembinaan otot menerusi kombinasi HIIT, latihan litar serta latihan fungsi. Selain itu, Mark juga menahan diri dari meminum arak dengan meletakkan tanda pagar #NoWine54Days.
View this post on InstagramAlways taking our training to another level! ???????? let’s work!!!! @performinspired @f45_training
A post shared by Mark Wahlberg (@markwahlberg) on
Menerusi temubual bersama media, Mark menjelas “Saya cuba untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai bahawa kita sentiasa ada masa setiap hari untuk mencapai impian anda menemui keseimbangan”. Way to go Marky Mark!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR
Sesiapa yang pernah mengalami masalah kelemumur degil sering tertanya-tanya cara untuk mengatasinya, GLAM Lelaki menyenaraikan 5 langkah untuk merawat masalah kelemumur.
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG
Bukan semua lelaki sesuai berambut panjang. Ini antara selebriti tempatan dan antarabangsa yang tampak elok dengan imej sedemikian.
7 TANDA RAMBUT SEMAKIN MENIPIS & CARA UNTUK ELAK JADI BOTAK
Kepala botak seringkali menjadi masalah kepada lelaki apabila usia semakin meningkat. Ketahui tanda-tanda rambut semakin menipis dan cara elakkannya.
BULU BAWAH LENGAN, PERLU CUKUR ATAU TIDAK?
Perlu atau tidak seorang lelaki mencukur bulu di bahagian bawah lengan? Ya, kami merungkai mitos ini.
MAHU KULIT BERSIH TANPA CELA? INI KELEBIHAN EXFOLIATION RAMAI TIDAK TAHU
Kini, ramai semakin peka dengan penjagaan kulit termasuk penggunaan skrub muka. Ini antara manfaat exfoliation yang anda perlu tahu.
5 PENCUCI MUKA LELAKI TERBAIK UNTUK KULIT KOMBINASI
Anda memiliki kulit jenis kombinasi? Ayuh cuba pencuci muka lelaki terbaik pilihan kami di sini.