Skip to content

projek high council

7 STAIL FESYEN PELAKON ‘PROJEK: HIGH COUNCIL’ YANG BOLEH JADI RUJUKAN LELAKI MASA KINI

Kongsikan artikel ini

Generasi pelakon baharu terutamanya daripada siri hangat, “Projek: High Council” punya stail fesyen dan karakter tersendiri yang boleh dijadikan rujukan lelaki masa kini.

“Projek: High Council” terus menjadi bualan peminat di media sosial. Tidak terkecuali barisan pelakon yang menjadi kegilaan ramai seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Amir Ahnaff, Naim Daniel dan ramai lagi. Mereka merupakan generasi pelapis pelakon lelaki tempatan yang tidak tipikal, dan berani dalam bermain dengan gaya fesyen terkini.

projek high council

Berikut adalah 7 stail fesyen barisan pelakon “Projek: High Council” yang boleh dijadikan rujukan oleh lelaki masa kini:

Mierul Aiman

mierul aiman projek high council

Nama pelakon muda ini terus menjadi bualan peminat dengan watak Fakhri dalam “Projek: High Council”. Juara Hero Remaja 2021, Mierul Aiman punya karakter yang tersendiri, terutamanya pada stail peribadinya yang cool. Dia berani bermain warna-warna terang dalam padanan bersama jaket yang melengkapkan gaya kala menghadiri acara atau bersiar sekitar kota.

 

Baca lebih lanjut: 6 FAKTA MENARIK TENTANG PELAKON UTAMA ‘PROJEK : HIGH COUNCIL’, MIERUL AIMAN

 

Nadhir Nasar

Nadhir nasar

Nadhir Nasar bukan sahaja terkenal sebagai seorang pelakon, dia juga merupakan seorang pengarah muda yang penuh bakat. Sisi kreatif pelakon berusia 26 tahun ini terserlah pada vibe cool guy melalui stail fesyen yang tersendiri. Walaupun sering kelihatan dengan gaya jalanan yang santai, dia juga berani bermain dengan cetak dan warna dalam pemakaian.

 

Baca lebih lanjut: NADHIR NASAR, THE NEW AGE HERO

 

Amir Ahnaff

projek high council

Melalui gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram, Amir Ahnaff mempunyai stail fesyen yang punya eleman rock & roll. Dia banyak menggayakan baju tanpa lengan serta ves, bersama aksesori rantai dan bandana yang memberikan sentuhan karakter tersendiri. Dia juga gemar menggayakan padanan dengan ilham vintaj.

 

Baca lebih lanjut: GOOD VIBES FESTIVAL 2023 BAKAL MENAMPILKAN THE STROKES, THE 1975, THE KID LAROI & RAMAI LAGI

 

Naim Daniel

naim daniel

Sudah mencipta nama sebagai antara penyanyi muda yang paling popular, Naim Daniel juga merupakan seorang pelakon yang berbakat. Dia terkenal dengan serlahan kreativiti setiap kali membuat persembahan di atas pentas, terutamanya di atas pentas berprestij Anugerah Juara Lagu. Dia tidak gentar untuk mencuba gaya fesyen yang baharu, seperti gaya motosikal yang lebih ranggi penuh swag.

 

Baca lebih lanjut: “SAYA TIDAK MEMPUNYAI ‘TYPE’ YANG SAYA CARI DALAM PASANGAN.” – “THE BACHELOR INDONESIA”, RICHARD KYLE

 

Kahoe Hon

projek high council

Memegang watak Jayden dalam siri “Projek: High Council”, Kahoe Hon punya gaya fesyen yang dope. Setiap padanannya menyerlahkan aura yang cool, tanpa kelihatan seperti terlalu mencuba. Stail miliknya yang berani, dengan menggayakan overall denim dan bucket hat yang menjadi signature gaya.

 

Baca lebih lanjut: 5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG TIKTOK, NOAH BECK

 

Fazziq Muqris

fazziq muqris

Tidak boleh dinafikan, Fazziq Muqris mempunyai gaya yang berbeza berbanding pelakon-pelakon “Projek: High Council” yang lain. Minatnya pada sukan bola sepak terbias pada stail peribadinya yang lebih sporty. Sama ada menggayakan jersi bola sepak mahupun seluar pendek, dia punya style yang boleh dijadikan rujukan buat lelaki yang lebih aktif.

 

Baca lebih lanjut: 10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2023

 

Hazeeq Dean

hazeeq dean

Jika tidak kelihatan menghangatkan pentas peragaan, Hazeeq Dean kini sibuk mengembangkan bakat dalam industri lakonan tempatan. Model di bawah naungan agensi The Models Lab KL ini punya gaya model off-duty yang relaks dan santai. Tetapi, stail peribadinya mula terserlah apabila dia bergaya ke acara-acara sekitar kota dengan padanan yang lebih mencuri perhatian.

 

Strim “Projek: High Council” di Astro On Demand atau Astro Go setiap Sabtu bermula 14 Januari. Atau boleh saksikan di Astro Ria saluran 104 bermula 23 Januari, setiap Isnin, jam 9.00 malam

 

Foto: Instagram

Baca lebih lanjut: 6 FAKTA MENARIK TENTANG PELAKON UTAMA ‘PROJEK : HIGH COUNCIL’, MIERUL AIMAN

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Bacaan Lanjut
rancangan raya 2024

5 RANCANGAN ANDA BOLEH ‘LAYAN’ SEPANJANG HARI RAYA INI

Bacaan Lanjut
raya Nadhir Nasar

SEMBANG RAYA BERSAMA NADHIR NASAR

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
anugerah juara lagu

SIAPA BAKAL MENJUARAI TROFI ANUGERAH JUARA LAGU 2024? #AJL38

Bacaan Lanjut