Skip to content

5 BINTANG FESYEN ASIA 2019

Kongsikan artikel ini

BINTANG FESYEN ASIA MUNCUL BAGAI CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN. SEMAKIN BANYAK NAMA BARU KEDENGARAN. SETIAP DARIPADA MEREKA MEMILIKI PENGARUH TERSENDIRI. LIMA BINTANG ASIA BERIKUT KAMI ANGGAP PALING BIJAK BERGAYA SEPANJANG 2019.

 

  1. PARK CHANYEOL (EXO)

Sejak dunia fesyen memfokuskan pasaran Asia, ahli kumpulan EXO, Chanyeol diangkat sebagai personaliti fesyen yang segar. Trend warna rambut yang pernah diperkenalkannya, menjadi ikutan dan trend semasa. Sehingga mengular ke seluruh dunia. Anak-anak muda mula terpengaruh dengan variasi gaya rambutnya. Chanyeol juga menjadi wajah kegemaran para media untuk menjadikannya penghias kulit majalah.

 

2. BENJAMIN KHENG

Eksperimental bertindak kata kunci yang mengambarkan selera fesyen anak kelahiran Singapura, Benjamin Kheng. Asalnya bergerak sebagai penyanyi berkumpulan, Benjamin mula mengorak langkah dalam bidang fesyen lelaki apabila jenama terkemuka seperti Fendi, Ermenegildo Zegna dan Gucci memilihkan sebagai ‘fashion influencer’ pilihan mereka. Benjamin antara wakil Asia yang diundang ke pertunjukkan fesyen Fendi sewaktu perlangsungan Minggu Fesyen Milan.

 

3. JACKSON WANG

Jackson Wang merupakan ahli kumpulan GOT7 yang paling menyerlah. Memiliki bilangan pengikut Instagram yang berjuta, Jackson mula menjadi rebutan banyak jenama fesyen antarabangsa dan kecantikan, seperti Fendi, Giorgio Armani dan Adidas. Fesyen menjadi faktor terpenting dalam penjenamaan diri Jackson.

 

4. ALVIN CHONG

Alvin Chong antara selebriti asal Malaysia yang kukuh portfolionya dalam lapangan fesyen. Dia pernah menjadi tetamu penting mewakili Malaysia untuk menghadiri acara fesyen bertaraf antarabangsa, seperti Coach, Louis Vuitton dan Gucci. Keterbukaan Alvin dalam mencuba pelbagai stail menjadikannya selebriti muda bijak bergaya.

 

5. YOO AH-IN

Yoo Ah-In merupakan satu nama yang cukup megah dalam persada hiburan masa kini. Bilangan pengikut Instagram Yoo Ah-In mencecah 1.6 juta sekali gus membuatkan jenama fesyen berebut untuk bekerjasama dengannya. Terbaru, dia duduk di baris hadapan acara fesyen Burberry yang diadakan di kota London baru-baru ini. Lebih membanggakan, dia tampil dalam kempen fesyen musim keraian 2019, di samping personaliti fesyen lain.

By JOHAN KASSIM
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

Bacaan Lanjut
AMIR MASDI TERUJA TERAJUI KONSERT SEARCH GEMURUH

AMIR MASDI TERUJA TERAJUI KONSERT SEARCH GEMURUH

Bacaan Lanjut
Rizal Rasid #GLBlackWhiteSeries

“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES

Bacaan Lanjut
BRIGHT VACHIRAWIT & NENE AKHIRNYA MENGAKU DILAMUN CINTA

BRIGHT VACHIRAWIT & NENE AKHIRNYA MENGAKU DILAMUN CINTA

Bacaan Lanjut
G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

Bacaan Lanjut
MENGAPA WESTLIFE KEMBALI BERAKSI DI MALAYSIA TANPA MARK FEEHILY?

MENGAPA WESTLIFE KEMBALI BERAKSI DI MALAYSIA TANPA MARK FEEHILY?

Bacaan Lanjut