GLAM LELAKI OGOS 2026: KABILAN JELEVAN
KABILAN JELEVAN
Di sebalik ketangkasan Kabilan di gelanggang Muay Thai, tersimpan kisah pengorbanan, kekalahan dan ketabahan yang membentuk dirinya sebagai seorang atlet. Demi keluarga, terutama ibunya, Kabilan menjadikan setiap cabaran sebagai dorongan untuk bangkit lebih kuat. Sambil menekankan kepentingan disiplin, kekuatan mental dan kepercayaan terhadap persiapan diri. Ini merupakan kali pertama GLAM Lelaki memotretkan Kabilan Jelevan untuk muka hadapan.
Meet GL’s August cover star, Kabilan Jelevan.
"Apabila saya mula melalui pelbagai cabaran dan tekanan dalam Muay Thai, saya sedar saya bukan berjuang untuk diri sendiri sahaja, tetapi untuk keluarga, terutama ibu saya."
"Kekalahan bukan alasan untuk putus asa," - Kabilan Jelevan
Dalam arena Muay Thai, Kabilan kagum dengan Superlek dan Rodtang.
"Saya belajar bahawa dalam Muay Thai, bukan hanya kekuatan yang penting, tetapi mental, disiplin dan konsistensi. Setiap kekalahan buat saya lebih matang dan lebih bersedia."
Kini muncul sebagai wajah utama sukan Muay Thai, Kabilan bukan sahaja mengangkat profil sukan tersebut, malah turut memainkan peranan dalam pembangunan bakat muda. Dalam kapasiti peribadinya, Kabilan telah bersetuju untuk membantu Sarawak Silambam Elite Squad sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) XXII di Selangor pada Ogos ini, sekali gus berkongsi pengalaman dan kepakarannya bersama atlet-atlet yang bakal beraksi.
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI JULAI 2026 MENAMPILKAN AMIR AHNAF, PEMBENTUK SINEMA MALAYSIA KINI
Amir Ahnaf semakin menyerlah dalam industri seni tanah air. Namanya mula mendapat perhatian menerusi watak Kahar dalam Projek: High Council.

