GLAM LELAKI FEBRUARI 2026: AKTOR GENERASI BAHARU ZARIF GHAZZI & JAZMY JUMA
ZARIF GHAZZI & JAZMY JUMA
Meskipun masih baharu dalam industri, Zarif Ghazzi semakin mencuri perhatian sejak penampilannya dalam drama hit Khunsa dan Seribu Tahun. Dengan bakat yang semakin menyerlah serta kesungguhan memperhalusi setiap watak, Zarif membuktikan dirinya bukan sekadar pelakon pendatang baharu. Tetapi satu nama yang wajar diberi perhatian.
Sebagai pelakon generasi baharu yang semakin mencuri perhatian, Jazmy Juma membuktikan kesungguhan dan kejujuran lakonannya menerusi Hilang Dalam Rindu dan Takdir Cinta Terlarang. Naskhah yang menjadi titik penting dalam perjalanan seninya, memperlihatkan sisi emosi dan kematangan yang kian berkembang. Tahun 2026, Jazmy bakal muncul dalam drama baharu lain, antaranya, Namamu Cinta.
"Perasaan saya paling kuat ketika mula memasuki industri sebenarnya bukan keyakinan, tetapi ketakutan yang sihat." - Jazmy Juma
"Saya sentiasa mengingatkan diri bahawa saya tidak perlu menjadi versi orang lain. Industri ini memang kompetitif, tetapi kejujuran adalah kekuatan." - Jazmy Juma
"Cara terbaik untuk menyesuaikan diri adalah dengan menggandakan usaha dari segi pembacaan skrip, kajian watak dan persediaan lakonan." - Zarif Ghazzi
"Saya percaya setiap individu yang hadir dalam industri ini membawa warna dan keunikan tersendiri. Sejak awal pembabitan, saya sentiasa berpegang pada prinsip bahawa saya masih dalam proses pembelajaran." - Zarif Ghazzi
Sebagai pelakon generasi baharu yang semakin mencuri perhatian, ZArif Ghazzi dan Jazmy Juma membuktikan kesungguhan dan kejujuran dalam lakonan itu amat penting, untuk kekal relevan dalam jangka masa yang panjang.
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI OGOS 2026 BERSAMA PENINJU MUAY THAI, KABILAN JELEVAN
Demi keluarga, terutama ibunya, Kabilan Jelevan menjadikan setiap cabaran sebagai dorongan untuk bangkit lebih kuat.
GLAM LELAKI JULAI 2026 MENAMPILKAN AMIR AHNAF, PEMBENTUK SINEMA MALAYSIA KINI
Amir Ahnaf semakin menyerlah dalam industri seni tanah air. Namanya mula mendapat perhatian menerusi watak Kahar dalam Projek: High Council.


