GLAM LELAKI APRIL 2026: 5 UNDER 25
BARISAN 5 UNDER 25
Setiap generasi hadir dengan wajah-wajah baharu yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga berani mencorakkan masa depan mengikut acuan sendiri. Untuk edisi April 2026, GLAM Lelaki memberi spotlight kepada lima individu bawah usia 25 tahun yang sedang mencipta impak dalam bidang masing-masing. Daripada dunia fesyen dan perniagaan, muzik, lakonan, sehinggalah ke arena sukan dan kecergasan.
Layla melambangkan generasi artis baharu yang versatil dan berani menembusi sempadan industri muzik global. Keupayaannya membawakan watak dengan emosi yang mendalam menjadikan Bella terus relevan dan dihormati dalam industri, walaupun masih muda.
Dikenali sebagai ikon fesyen dalam kalangan anak muda, Ashraf berjaya membina empayar perniagaan dengan identiti yang kuat dan relevan.
Dedikasi dan disiplin tinggi menjadikan Sharul simbol ketahanan dan semangat juang generasi muda.
Kandungan Hakimi yang memfokuskan kepada sukan, kecergasan dan gaya hidup sihat memberi inspirasi kepada ramai anak muda untuk menjaga kesihatan.
Mereka bukan sekadar nama yang sedang meningkat naik, tetapi simbol kepada generasi muda yang berani bermimpi besar, bekerja keras, dan kekal autentik dalam perjalanan mereka. Dengan pencapaian yang mengagumkan pada usia muda, kelima-lima figura ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk mencipta pengaruh dan kejayaan yang luar biasa. Oleh itu, merekalah wajah 5 Under 25 yang menjadi pilihan GLAM Lelaki.
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI OGOS 2026 BERSAMA PENINJU MUAY THAI, KABILAN JELEVAN
Demi keluarga, terutama ibunya, Kabilan Jelevan menjadikan setiap cabaran sebagai dorongan untuk bangkit lebih kuat.
GLAM LELAKI JULAI 2026 MENAMPILKAN AMIR AHNAF, PEMBENTUK SINEMA MALAYSIA KINI
Amir Ahnaf semakin menyerlah dalam industri seni tanah air. Namanya mula mendapat perhatian menerusi watak Kahar dalam Projek: High Council.


