GLAM LELAKI JULAI 2026 MENAMPILKAN AMIR AHNAF, PEMBENTUK SINEMA MALAYSIA KINI

AMIR AHNAF

Amir Ahnaf merupakan antara pelakon muda yang semakin menyerlah dalam industri seni tanah air. Namanya mula mendapat perhatian ramai menerusi watak Kahar dalam drama dan filem Projek: High Council. Lakonan yang mantap serta penuh penghayatan telah berjaya memikat hati penonton, sekali gus membolehkannya meraih anugerah Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-34 pada tahun lalu. Pengiktirafan ini membuktikan bakat dan usaha gigih Amir dalam mengembangkan kerjaya lakonan.

GLAM LELAKI AMIR AHNAF JULAI 2026
GLAM LELAKI AMIR AHNAF JULAI 2026

GLAM Lelaki Julai menampilkan Amir Ahnaf.

GLAM LELAKI AMIR AHNAF JULAI 2026

"Apa yang Amir cari dalam sebuah skrip adalah sesuatu yang dapat mencabar Amir."

GLAM LELAKI AMIR AHNAF JULAI 2026
GLAM LELAKI AMIR AHNAF JULAI 2026

"Dengan kasih sayang, dengan kebaikan, kita mampu dominate dunia. Kindness is the key to everything."

GLAM LELAKI AMIR AHNAF JULAI 2026

Bagi Amir, perjalanan sebagai pelakon masih panjang dan dia mahu terus bertahan serta menyumbang kepada perkembangan industri perfileman Malaysia.

"Dalam berkarier, jangan lupa ikut kata hati. Walau apapun yang you lakukan, selagi rasa puas hati bila buat, buat je."

Amir Ahnaf ialah contoh pelakon muda yang berbakat, berdisiplin dan berwawasan. Kejayaannya bukan sahaja membanggakan diri sendiri, malah memberi inspirasi kepada golongan muda untuk mengejar impian dengan usaha berterusan. Dengan dedikasi dan semangat yang dimilikinya, Amir Ahnaf berpotensi menjadi antara pelakon terbaik yang akan terus membentuk sinema Malaysia pada masa hadapan.

Artikel Yang Berkaitan

GLAM LELAKI OGOS 2026 BERSAMA PENINJU MUAY THAI, KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI JULAI 2026 MENAMPILKAN AMIR AHNAF, PEMBENTUK SINEMA MALAYSIA KINI

Bacaan Lanjut