Advertising Opportunities
Jean Paul Gaultier dengan jalur Breton-nya. Ralph Lauren dengan baju denim dan seluar jean. Karl Lagerfeld dengan kolar putih keras, kaca mata hitam dan jemari sarat cincin. Biarpun koleksi mereka berubah setiap musim, sesetengah pereka fesyen sentiasa tampil dengan stail tersendiri. Gaya yang sudah menjadi sinonim dengan imej peribadi mereka. Begitu juga pereka tempatan, Joe Chia. Para pengikut setianya bukan sahaja menyanjungi rekaannya yang lain daripada yang lain, mereka juga mengagumi gaya peribadinya yang acapkali tampil dalam persalinan serba hitam. Itulah Joe Chia yang dikenali ramai.
Jadi, atas permintaan GL, sudikah Joe mencuba gaya yang bertentangan dengan estetika peribadinya?
“It’s alright!†dia menjawab tersenyum. “It’s really good to see how Joe Chia the person can be transformed into a different kind of style.â€
“Lagipun,†dia menyambung, “ inilah yang kita suka tentang fesyen. Ia suatu persepsi estetika. Pada diri saya, stail peribadi saya mungkin tidaklah unik, tetapi pemerhati luar pula mungkin merasakan gaya saya sesuatu yang istimewa. Pengikut-pengikut saya pula mungkin akan terkejut melihat saya berpakaian sebegini, khusus untuk GL. Tetapi peminat-peminat GL pula mungkin mempunyai perspektif yang berbeza. Bagi saya, it’s good to have this kind of challenge. It’s what fashion is about.â€

PENGENALAN AWAL TERHADAP FESYEN
Dilahirkan pada 5 October 1987 di pekan Kok Lanas, Kelantan, anak ketiga daripada empat beradik ini membesar dalam suasana kampung yang tipikal. “Main guli, tangkap ikan, mandi sungai, layan komik, berkejar-kejaran keliling kampung … itulah kehidupan saya semasa kecil.â€
Secara tidak langsung, minatnya terhadap fesyen juga bertitik-tolak dari pengaruh ibu bapanya yang lebih gemar melewati kedai bundle dan pasar lambak daripada mengunjungi pasaraya komersil. “Di kampung dulu, no one talked about fashion. Namun, ibu saya sangat unik orangnya. Dia mahir menjahit jadi setiap pakaian yang dia beli, dia akan olah dan ‘DIY’ sendiri. Walaupun dia tak kenal ‘fesyen’, dia akan mereka gaya mengikut citarasanya sendiri.â€
Joe turut mengikuti jejak ibunya dan mula menjahit untuk membuat pengubahsuaian pada pakaiannya. “Semasa saya berumur 15-16, saya mula ‘DIY’ seluar jean dan baju saya. Dan bila dipakaikan semasa ke mini konsert di sekolah, rakan-rakan sering bertanya, ‘Di mana kamu beli baju tu?’ Jadi saya rasa kreativiti saya diwariskan daripada ibu saya.â€
Adakah stail peribadi Joe ketika itu serupa dengan stailnya sekarang? “Not really,†dia menjawab sebelum mengukir senyuman nakal. “Semasa sekolah menengah, saya ni pemberontak sikit, haha, suka ponteng dan sebagainya… Tak tahulah kenapa, tetapi saya sering mencari sesuatu yang lain daripada orang lain. Saya tak mahu berpakaian seperti rakan-rakan saya. Saya pun tak tahu dari mana datangnya sifat rebellious itu - I just didn’t want to be the same as everyone else.â€

How would you describe the Joe Chia aesthetic? Joe berfikir sejenak sebelum menjawab, “Rebellious?s Haha. Sejak awal penubuhan label saya pada akhir 2012, we want to break the rules somehow. Mencipta sesuatu yang baru namun timeless. Bukan trendy - trend bukanlah fokus utama kami. Yang lebih penting agar umum memahami cerita kami, estetika kami supaya mereka selesa menyarungkan helaian Joe Chia again and again and again.â€
Ada kebenaran pada apa yang Joe jelaskan. Berpandukan estetikanya yang cukup kuat, setiap koleksi Joe Chia sukar sekali untuk dimamah usia. Sungguhpun rekaan itu daripada koleksi tahun 2012 atau 2015, jika dipakaikan hari ini anda tidak akan nampak out of trend. Malah, akan tampak kekal bergaya.
Tidak hairanlah Joe turut menyanjungi pereka-pereka ikonik yang berpegang pada estetika kukuh sepertinya. “Yohji Yamamoto. Rick Owens. Haider Ackermann … Tetapi designer pertama memberi impak pada minda saya ialah Rei Kawakubo. Wow! Sebagai seorang pelajar, saya tidak sangka fesyen boleh diluahkan begitu sekali. Seolah-olah suatu karya seni. So out of the box. Saya juga menghargai tradisi tailoringnamun Rei membawa fesyen ke tempat yang sangat berbeza. Dia meyakinkan saya bahawa saya boleh mereka pakaian ikut cara saya sendiri.â€
Joe menyamakan rangkaian koleksinya dengan sebuah penceritaan. Setiap koleksi merupakan satu babak baru dalam perjalanan label itu. Koleksi yang dipersembahkan baru-baru ini sudah menjangkau Chapter 9 (untuk musim Bunga/Panas 2017). “Setiap koleksi kami menceritakan proses kami. Apa yang telah kami pelajari dan amati setiap musim.†Chapter 9 mengemukakan eksplorasi siluet oversized, potongan tradisional dengan interpretasi gaya atletik yang secara menyeluruh mewakili satu meditasi terhadap masa depan yang terdekat. Palet warna kali ini menghimpunkan rona-rona klasik Joe Chia: beige, gading, kelabu dan sudah tentunya hitam.
“Hitam ialah subtle dan timeless,†jelas Joe perihal warna signature-nya. “Pada saya, hitam bukan sedih mahupun murung. Akan tetapi ia memberi saya kekuatan - it’s a very strong statement.†Secara praktikal pula, sebab utama Joe selesa berkarya dengan rona-rona semulajadi dalam koleksinya ialah kerana penekanannya terhadap construction. “Apabila saya menggunakan warna-warna neutral, saya semakin fokus pada details sesuatu rekaan itu. Pilihan dan tekstur fabrik, potongan, draping… sentuhan terperinci sebegini menjadi lebih terserlah. Rekaan Joe Chia mungkin akan hilang elemen perinciannya jika diolah dalam prints atau warna garang.â€
Untuk mengakhiri perbualan, GL ingin tahu apakah pencapaian paling membanggakan untuk Joe Chia? Joe tersenyum lalu berseloroh, “Shooting dengan GLAM Lelaki sekarang? Haha. Sebab saya jenis yang menghargai ‘living in the moment’. I’m just this kampung boy from Kelantan, tapi kini baju-baju saya dijual di luar negara berkongsi bumbung dengan Rick Owens, Yohji … idola-idola saya. Jadi saya amat bersyukur dan menghargai setiap detik perjalanan saya. Appreciate the moment.†[end]
