GLAM LELAKI OKTOBER 2026: GL THE MAN AWARDS 2026
THE LINE-UP
Dari ikon fesyen hingga pereka kreatif dan pemuzik yang mencipta perubahan, setiap penerima GL The Man Awards yang pertama ini mencerminkan semangat lelaki moden. Berani, autentik dan penuh inspirasi. Dengan pelbagai latar belakang dari dunia muzik dan hiburan hingga ke bidang keusahawanan serta rekaan. Sembilan penerima ini bukan sekadar menonjol melalui penampilan, tetapi juga melalui visi dan impak mereka terhadap industri masing-masing. Inilah barisan lelaki yang mendefinisikan lelaki berpengaruh sepanjang tahun 2026.
Aedy Ashraf, Co-chair GL The Man Awards 2026
"Sejak awal lagi, saya sentiasa berpegang pada prinsip untuk menjadi diri sendiri kerana saya tidak pernah rasa yang saya perlu menjadi seseorang yang berbeza." - Gajen Chandra
"Arwah ibu saya membesarkan saya dengan mengajar saya untuk menghormati orang lain, mempunyai keyakinan diri dan sentiasa berbuat baik kepada orang di sekeliling." - YM Tengku Bakar
"Bagi saya, saya meraikan gaya apabila saya berasa selesa dan kelihatan baik dengan apa sahaja yang dipakai." - ALVN
"Mencari keseimbangan dalam menghasilkan apa yang saya inginkan dengan apa yang orang lain inginkan." - Zaid Arif
"Jadi, langkah pertama saya untuk menjadi pemimpin yang baik adalah untuk membentuk pasukan yang bersikap lebih baik." Ashraf Anuar
"Ketika mula menjadi model, saya berdepan dengan pelbagai ekspektasi. Namun, kita tidak semestinya perlu memenuhi semua kehendak orang lain." - Fahd Dhaf
Jika ingin mengembangkan jenama tanpa mengorbankan identitinya, perlu sentiasa kembali kepada tujuan asal penubuhannya dan jadikan prinsip tersebut sebagai panduan dalam setiap keputusan. - All Love
"Bagi saya, gaya yang baik ialah apabila seseorang mampu memahami dan menterjemahkan setiap gaya yang digayakannya." - Mierul Aiman
"Bagi saya, gaya yang bagus adalah kemas yang bukan sahaja pada luaran, tetapi juga penampilan dan gaya hidup." - M.Shaffuan
GL The Man Awards 2026 kembali tahun ini demi meraikan lelaki-lelaki berpengaruh yang membentuk landskap gaya, seni dan budaya masa kini. Barisan penerima anugerah ini menjadi wakil lelaki yang diraikan di Malaysia dengan gaya mereka yang tersendiri.
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI OGOS 2026 BERSAMA PENINJU MUAY THAI, KABILAN JELEVAN
Demi keluarga, terutama ibunya, Kabilan Jelevan menjadikan setiap cabaran sebagai dorongan untuk bangkit lebih kuat.
GLAM LELAKI JULAI 2026 MENAMPILKAN AMIR AHNAF, PEMBENTUK SINEMA MALAYSIA KINI
Amir Ahnaf semakin menyerlah dalam industri seni tanah air. Namanya mula mendapat perhatian menerusi watak Kahar dalam Projek: High Council.


