SIAPAKAH BARISAN PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2026?
GL The Man Awards 2026 kembali tahun ini demi meraikan lelaki-lelaki berpengaruh yang membentuk landskap gaya, seni dan budaya masa kini.
Dari ikon fesyen hingga pereka kreatif dan pemuzik yang mencipta perubahan, setiap penerima GL The Man Awards yang pertama ini mencerminkan semangat lelaki moden. Berani, autentik dan penuh inspirasi. Dengan pelbagai latar belakang dari dunia muzik dan hiburan hingga ke bidang keusahawanan serta rekaan. Sembilan penerima ini bukan sekadar menonjol melalui penampilan, tetapi juga melalui visi dan impak mereka terhadap industri masing-masing. Inilah barisan lelaki yang mendefinisikan lelaki berpengaruh sepanjang tahun 2026.
#1 Mierul Aiman – The Style Hero
Bermula sebagai peserta Hero Remaja, Mierul Aiman kini menjadi antara pelakon muda yang paling mendapat perhatian di Malaysia. Bukan sekadar mencuri tumpuan menerusi lakonan, Mierul turut menyerlah dengan gaya dan identitinya tersendiri. Kini, Mierul bakal tampil dalam KUDRAT sebagai salah satu watak utama, KUDA, selain mengorak langkah baharu menerusi jenama miliknya, Dream Kid. Atas perjalanan, karakter dan gaya yang terus berkembang, dia dinobatkan sebagai Style Hero bagi GL The Man Awards 2026.

#2 Gajen Chandra – Stail Terbaik
Seorang pencipta kandungan dan usahawan, Gajen Chandra cukup dikenali dengan personaliti serta gaya fesyennya yang tersendiri. Selain aktif berkongsi kandungan di Instagram dan TikTok, Gajen kini turut mengorak langkah dalam dunia kecantikan menerusi jenama miliknya, Chandra Skin. Dengan gaya yang berani, unik dan konsisten, dia sememangnya antara figura yang sentiasa mencuri perhatian. Untuk tahun ini, Gajen Chandra dinobatkan sebagai Stail Terbaik bagi GL The Man Awards 2026.

#3 ALVN – Stail Terbaik
Daripada dunia lakonan ke pentas fesyen antarabangsa, ALVN semakin mencuri perhatian sebagai salah seorang nama yang perlu diperhatikan. Dia baru-baru ini menjadi tumpuan di acara Formula 1 Malaysia apabila menyampaikan anugerah Pirelli Pole Position kepada juara, Max Verstappen. Turut menghadiri Milan dan Paris Fashion Week, ALVN membuktikan bahawa gayanya mampu berdiri sama tinggi di pentas tempatan mahupun antarabangsa. Segala pencapaian ALVN dalam dunia fesyen dan hiburan yang melayakkannya meraih anugerah Stail Terbaik.

#4 YM Tengku Bakar – Stail Terbaik
Bukan sekadar seorang usahawan, Tengku Bakar turut dikenali dengan gaya peribadinya yang tersendiri. Dia percaya pada kualiti dan tidak terikat untuk bergaya hanya kerana sesuatu jenama itu mempunyai nama besar. Daripada pilihan pakaian hinggalah koleksi kasutnya, gaya Tengku Bakar sentiasa hadir dengan sentuhan sofistikasi yang understated tetapi tetap mencuri perhatian. Nama yang sering didengar namun wajah yang jarang dilihat, YM Tengku Bakar tetap memberi impak dalam dunia fesyen.

#5 Ashraf Anuar – Game Changer
Di sebalik jenama tempatan yang semakin mencuri perhatian, hadir seorang usahawan yang berani membawa SVG ke tahap seterusnya, Ashraf Anuar. Sebagai pengasas SVG, dia bukan sahaja membina jenama tempatan, malah berjaya menjalinkan kolaborasi bersama nama antarabangsa seperti Gentle Woman. Usahanya membuktikan bahawa jenama tempatan mampu berkembang, berdaya saing dan mendapat tempat dalam kalangan generasi muda. Atas visi dan impaknya, Ashraf Anuar dinobatkan sebagai Game Changer tahun ini.

#6 M. Shaffuan – Visi Kreatif
Di sebalik setiap karya yang hebat, ada seorang pengarah yang berani melihat sesuatu daripada perspektif yang berbeza. M. Shaffuan merupakan pengarah muda dan pengasas 2117 Production yang semakin mengukuhkan namanya dalam industri filem tempatan. Dengan kreativiti, keberanian dan visi yang tersendiri, dia terus membawa perspektif baharu dalam dunia pengarahan. M. Pengiktirafan anugerah Visi Kreatif semestinya sempurna buat anak muda yang penuh dengan otak kreatif ini.

#7 ALL LOVE – Brand Of The Year
Daripada jenama tempatan yang semakin mendapat tempat, ALL LOVE kini menjadi antara nama yang cukup dekat dengan generasi muda. Dengan identiti yang segar dan pendekatan yang dekat dengan budaya lelaki masa kini, ALL LOVE berjaya menarik perhatian, khususnya dalam kalangan lelaki muda. Perkembangannya membuktikan bahawa jenama tempatan mampu membina komuniti dan mencipta pengaruh tersendiri. Anugerah Brand Of The Year sentiasa menampilkan jenama yang menonjol sepanjang tahun ini dan kali ini, ALL LOVE lah jenama itu.

#8 Amirul Danial – Men Of Influence
Amirul Danial bukan sahaja dikenali sebagai seorang fashion influencer, malah turut menggunakan pengaruhnya untuk membina sesuatu yang lebih besar. Sebagai pengasas ALL LOVE, dia menggabungkan dunia kandungan, fesyen dan keusahawanan dalam membentuk identiti jenamanya sendiri. Daripada membina pengaruh di media sosial hingga mengembangkan jenama tempatan, Amirul membuktikan kuasa pengaruh apabila disertai visi dan tindakan. Atas pengaruh dan sumbangannya, dia dinobatkan sebagai Men of Influence.

#9 Fahd Dhaf – Stail Next Gen
Muda, bergaya dan semakin mendapat perhatian, Fahd Dhaf merupakan antara nama baharu yang sedang mencipta ruangnya sendiri dalam industri fesyen dan hiburan. Sebagai seorang model, Fahd membawa karakter serta identiti yang menjadikannya antara wajah generasi baharu yang patut diperhatikan. Dengan potensi yang terus berkembang, dia membuktikan bahawa masa depan gaya lelaki tempatan berada di tangan generasi seterusnya. Fahd Dhaf dinobatkan sebagai Stail Next Gen, sejajar dengan peribadinya dalam dunia fesyen.

#10 Zaid Arif – Style Tastemaker
Di sebalik perjalanan Zeve selama lebih sedekad, berdiri seorang pengasas yang mempunyai visi dan pemahaman tersendiri terhadap dunia gaya lelaki, Zaid Arif. Sebagai pengasas Zeve, dia telah membina sebuah nama yang terus berkembang dan menjadi sebahagian daripada landskap fesyen lelaki tempatan. Tahun ini turut menandakan ulang tahun ke-11 Zeve, menjadikan pengiktirafan ini lebih bermakna dalam meraikan perjalanan dan legasinya. Atas sumbangan serta pengaruhnya sebagai seorang pembentuk gaya, Zaid Arif menerima Tastemaker Style, serta 11th Anniversary Commemorative Award.

#11 Style’s Choice
GL The Man Awards 2026 sentiasa meraikan lelaki dengan gaya dan personaliti luar biasa. Tahun ini, pembaca GLAM Lelaki masih berpeluang untuk memilih pemenang GL The Man Awards 2026 untuk kategori Style’s Choice. Anugerah istimewa ini bagi meraikan wajah yang berbakat dan mempunyai gaya tersendiri dalam industri hiburan dan fesyen Malaysia. Pemenang GL The Man Awards 2026 Style’s Choice akan ditentukan menerusi undian pembaca GLAM Lelaki dan bakal diumumkan pada malam GL The Man Awards 2026.
Undi disini: GL THE MAN AWARDS 2026 STYLE’S CHOICE

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – ALVN
ALVN, nama yang cukup dikenali dalam dunia hiburan tidak kira tentang bakat lakonannya atau gayanya yang versatile.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL NEXT GEN” – FAHD DHAF
Wajah yang sering menghiasi pentas fesyen, Fahd Dhaf turut mempunyai gaya peribadi yang setara dengan penampilannya.
GL THE MAN AWARDS 2026, “MAN OF INFLUENCE” – AMIRUL DANIAL
Biarpun konten fesyen atau gaya hidup, kerjaya atau personal, pereka konten Amirul Danial tidak pernah lekang menunjukkan peribadinya yang berani dan penuh karakter.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK”- GAJEN CHANDRA
Gajen Chandra memberi pengaruh di kalangan anak muda sebagai pencipta kandungan dan usahawan muda yang penuh gaya.
UNDIAN GL THE MAN AWARDS 2026 BERMULA! KENALI 10 NOMINEE GL STYLE’S CHOICE
GL The Man Awards kembali buat edisi 2026. Penerima Style’s Choice bakal dipilih oleh para pembaca GLAM Lelaki melalui undian. Sebelum itu, kenali 10 nominee ini!
GL THE MAN AWARDS 2026 STYLE’S CHOICE
GLAM Lelaki kembali dengan kategori eksklusif buat GL The Man Awards 2026, Style's Choice bersama Co-Chair yang akan diumumkan nanti.











