Skip to content

GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF

GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF

Kongsikan artikel ini

Setelah lebih sedekad meniti dunia fesyen lelaki moden, Zaid Arif, pengasas Zeve, membuktikan bahawa dunia kreatifnya tidak terhad kepada satu cabang.

Dahulunya luas dikenali sebagai jenama kasut kulit lokal, kini legasi Zeve berkembang sebagai jenama busana fesyen lelaki tempatan yang tampil segak dan rapi. Sambutan lebih satu dasawarsa ini jelas membukti tatanan visi dan pemahaman tersendiri Zaid tatkala berbicara tentang gaya lelaki. GLAM Lelaki mengiktiraf pengaruh Zaid Arif sebagai seorang pembentuk gaya dengan pemberian Style Tastemaker dan 11th Anniversary Commemorative Award.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

1. BAGAIMANA ANDA INGIN GAMBARKAN DIRI ANDA LIMA TAHUN AKAN DATANG?

Saya berharap untuk mengembangkan cawangan Zeve, terutamanya di Asia Tenggara seperti Singapura, Thailand, dan Indonesia. Selain itu, saya juga berharap agar lebih ramai pemimpin dapat dilahirkan dalam syarikat ini, iaitu individu yang mampu membuat keputusan dengan baik tanpa perlu bergantung kepada saya.

 

2. BAGAIMANA ANDA KEKAL MENJADI DIRI SENDIRI APABILA SEMAKIN RAMAI ORANG MEMPUNYAI EXPECTATION TERHADAP ANDA?

Mencari keseimbangan dalam menghasilkan apa yang saya inginkan dengan apa yang orang lain inginkan. Saya cuba memberi lebih banyak ruang kepada design team dan jabatan lain untuk berkongsi pandangan sebelum membuat sesuatu keputusan.

 

⁠3. DI LUAR KERJAYA, APAKAH PERKARA YANG PALING ANDA MINATI?

Buat masa ini, saya sering bermain piano. Saya baru sahaja membeli piano enam bulan yang lalu dan memainkannya setiap hari. Sekarang, saya sedang banyak memainkan lagu bertajuk Mencintaimu nyanyian Krisdayanti.

 

4. APAKAH ERTI ‘GOOD STYLE’ BUAT ANDA SEBAGAI SEORANG LELAKI?

Semasa usia lebih muda, saya gemar bergaya mengikut majlis. Kini menganjak usia pertengahan 30-an, saya mula mengutamakan keselesaan. Saya lebih gemarkan gaya yang santai seperti pakaian yang longgar. Faset ini juga lebih terselah dalam koleksi terbaharu saya yang mengutamakan keselesaan.

 

5. BERKAIT DENGAN TEMA CELEBRATE STYLE, BAGAIMANA ANDA MERAIKAN STYLE DALAM CARA TERSENDIRI?

Setiap minggu saya sentiasa dikelilingi oleh sampel-sampel baharu. Boleh dikatakan, rasa teruja itu kekal menyembul. Walaupun jumlah sampel yang banyak boleh terasa membebankan, kehadiran satu atau dua sampel yang menarik sudah cukup untuk menyuntik semangat saya.

 

6. ⁠SATU LAGU YANG BERMAIN DI FIKIRAN SEKARANG?

Buat masa ini saya suka Mahalini. Saya tahu semua lagu Mahalini.

Artikel berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – ALVN

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL THE MAN AWARDS 2026, “BRAND OF THE YEAR” – ALL LOVE

GL THE MAN AWARDS 2026, “BRAND OF THE YEAR” – ALL LOVE

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN

GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR

GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR

GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR

Bacaan Lanjut
SIAPAKAH BARISAN PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2026?

SIAPAKAH BARISAN PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2026?

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – ALVN

GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – ALVN

Bacaan Lanjut