Skip to content

GL THE MAN AWARDS 2026, “BRAND OF THE YEAR” – ALL LOVE

GL THE MAN AWARDS 2026, “BRAND OF THE YEAR” – ALL LOVE

Kongsikan artikel ini

Dengan identiti segar dan pendekatan yang seiringan dengan budaya lelaki moden, ALL LOVE kini menjadi antara jenama tempatan yang cukup dekat dengan generasi muda.

Apabila berbicara tentang jenama streetwear lokal, terdapat beberapa jenama yang berliga di fikiran. Namun, ALL LOVE menjadi antara yang paling ketara kedudukannya. Lihat sahaja identitinya yang cukup signifikan, seperti logo dan pendekatan yang seiringan dengan budaya lelaki masa kini. Perkembangan jenama pakaian ini membuktikan bahawa label tempatan mampu membina komuniti dan mencipta pengaruh tersendiri. Anugerah Brand Of The Year mengiktiraf jenama yang mencipta impak sepanjang tahun, dan kali ini, ALL LOVE mencuri tumpuan sebagai peneraju. GLAM Lelaki bertemu bual bersama pengasas bersama ALL LOVE, Julien, bagi mengulas jenama terkenal ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

1. BAGAIMANA ANDA INGIN GAMBARKAN DIRI ANDA LIMA TAHUN AKAN DATANG?

Bagi saya, apa yang paling penting adalah untuk memiliki identiti yang kukuh. Teras itulah yang bakal membuka peluang untuk bekerjasama dengan jenama-jenama global, menghasilkan kempen kreatif, dan menjalin hubungan yang lebih erat dengan komuniti. Selain itu, kami juga berhasrat memiliki sebuah kedai fizikal di sekitar Kuala Lumpur.

 

2. BAGAIMANA ANDA KEKAL MENJADI DIRI SENDIRI APABILA SEMAKIN RAMAI ORANG MEMPUNYAI EXPECTATION TERHADAP ANDA?

Jangan terlalu mengejar keuntungan sehingga mengabaikan nilai teras perniagaan. Jika ingin mengembangkan jenama tanpa mengorbankan identitinya, perlu sentiasa kembali kepada tujuan asal penubuhannya dan jadikan prinsip tersebut sebagai panduan dalam setiap keputusan.

 

⁠3. DI LUAR KERJAYA, APAKAH PERKARA YANG PALING ANDA MINATI?

Fitness! Saya ada join Hyrox baru-baru ini dan saya juga banyak berlari. Hanya perkara yang biasa dilakukan oleh orang ramai. Namun sekarang saya cuba mencari aktiviti kecergasan baharu yang belum dilakukan oleh orang lain.

 

⁠4. APAKAH ERTI ‘GOOD STYLE’ BUAT ANDA SEBAGAI SEORANG LELAKI?

Apa-apa gaya yang dipakai perlu melambangkan diri sendiri. Gaya yang baik adalah gaya yang mampu menyerlahkan energy serta mampu mencerminkan siapa diri anda sebenarnya.

 

5. BERKAIT DENGAN TEMA CELEBRATE STYLE, BAGAIMANA ANDA MERAIKAN STYLE DALAM CARA TERSENDIRI?

Saya meraikan gaya dengan menampilkan sesuatu yang jarang ditemui di pasaran. Perkara baru akan sentiasa menjadi strategi pemasaran yang dapat menarik orang ramai.

 

6. SATU LAGU YANG BERMAIN DI FIKIRAN SEKARANG?

Saya banyak mendengar lagu Chris Brown sejak kebelakangan ini kerana sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinan saya. Kami sedang menyusun koreografi untuk persembahan pada majlis itu nanti. Saya masih belum tentu lagu mana yang akan dipilih, tapi kemungkinan lagu No Guidance nyanyian Chris Brown dan Drake.

Artikel berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2026, “MAN OF INFLUENCE” – AMIRUL DANIAL

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF

GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN

GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR

GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR

GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR

Bacaan Lanjut
SIAPAKAH BARISAN PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2026?

SIAPAKAH BARISAN PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2026?

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – ALVN

GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – ALVN

Bacaan Lanjut