GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR
Ketekunan dan visi Ashraf Anuar menjadi peneraju utama disebalik kejayaan SVG Worldwide.
Jenama SVG kini tidak lagi memerlukan sebarang introduksi. Meskipun belum sedekad ditubuhkan, perkembangan persisten label streetwear ini semestinya tidak lagi dapat diketepikan.
Bermula dengan menjual pakaian terpakai pada usia 18 tahun, terbukti ketekunan Ashraf Anuar dalam bekerja mendorong jenama ini berkembang pesat. Di sebalik kolaborisanya bersama jenama lokal seperti Cap City, SVG juga telah meletakkan fesyen Malaysia di peta dunia setelah berjaya menjalinkan kolaborasi bersama jenama antarabangsa seperti Gentle Woman. Ashraf Anuar bukan sekadar membina empayar yang tersendiri pada usia 26 tahun. Dia juga menjadi bukti bahawa jenama tempatan mampu berkembang, berdaya saing, dan mendapat tempat dalam kalangan generasi muda. Atas visi dan impaknya, Ashraf Anuar dinobatkan sebagai Game Changer tahun ini.
1. BAGAIMANA ANDA INGIN GAMBARKAN DIRI ANDA LIMA TAHUN AKAN DATANG?
Menjadi pemimpin yang hebat. Tingkatkan kemahiran pasukan supaya mereka mampu memimpin department mereka sendiri. Terutamanya bagi Gen-Z, kebiasaannya meskipun mereka mempunyai impian kukuh, sikap dapat menjadi penghalang. Jadi, langkah pertama saya untuk menjadi pemimpin yang baik adalah untuk membentuk pasukan yang bersikap lebih baik. Impian saya adalah untuk mempunyai pasukan yang berwawasan dan mampu menyelesaikan masalah.
2. BAGAIMANA ANDA KEKAL MENJADI DIRI SENDIRI APABILA SEMAKIN RAMAI ORANG MEMPUNYAI EXPECTATION TERHADAP ANDA?
Saya yakin dengan visi saya dan diri saya sendiri serta tidak mudah terpengaruh oleh orang lain. Sejak dahulu lagi, saya memang mempercayai gerak hati saya. Mungkin juga disebabkan oleh pengalaman. Tapi saya tahu apa yang patut diterima atau ditolak ketika perlu membuat keputusan.
3. DI LUAR KERJAYA, APAKAH PERKARA YANG PALING ANDA MINATI?
Saya gemar memancing. Saya berasal dari Klang dan terdapat banyak lokasi memancing yang menarik di sana. Dahulu, saya dan ayah sering memancing bersama-sama di Tanjung Harapan. Setelah meningkat dewasa, hobi itu sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya.
4. APAKAH ERTI ‘GOOD STYLE’ BUAT ANDA SEBAGAI SEORANG LELAKI?
Kemas. Apabila kemas, apa sahaja yang dipakai akan kelihatan menarik. Saya suka apabila penampilan saya mencerminkan penjagaan diri dan kebersihan yang baik.
5. BERKAIT DENGAN TEMA CELEBRATE STYLE, BAGAIMANA ANDA MERAIKAN STYLE DALAM CARA TERSENDIRI?
Bagi saya, memiliki gambar diri yang menarik memberikan kepuasan tersendiri. Saya ada seorang rakan yang saya sangat gemar apabila dia mengambil gambar saya. Kami sudah berkawan sejak saya berusia 17 tahun, iaitu ketika saya mula berkecimpung dalam dunia fesyen. Kini, dia memegang peranan sebagai ketua bahagian media saya. Namanya Faris Hisham, dan dia sentiasa menemani saya ke mana sahaja saya pergi.
6.SATU LAGU YANG BERMAIN DI FIKIRAN SEKARANG?
Saya memang suka Central Cee. Doja Cat oleh Central Cee adalah antara lagu yang seronok to vibe with.
Artikel berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL NEXT GEN” – FAHD DHAF
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR
YM Tengku Bakar hadir dengan penuh gaya tersendiri, menjadikannya salah seorang lelaki berpengaruh dalam dunia fesyen.
SIAPAKAH BARISAN PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2026?
GL The Man Awards 2026 kembali tahun ini demi meraikan lelaki-lelaki berpengaruh yang membentuk landskap gaya, seni dan budaya masa kini.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – ALVN
ALVN, nama yang cukup dikenali dalam dunia hiburan tidak kira tentang bakat lakonannya atau gayanya yang versatile.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL NEXT GEN” – FAHD DHAF
Wajah yang sering menghiasi pentas fesyen, Fahd Dhaf turut mempunyai gaya peribadi yang setara dengan penampilannya.
GL THE MAN AWARDS 2026, “MAN OF INFLUENCE” – AMIRUL DANIAL
Biarpun konten fesyen atau gaya hidup, kerjaya atau personal, pereka konten Amirul Danial tidak pernah lekang menunjukkan peribadinya yang berani dan penuh karakter.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK”- GAJEN CHANDRA
Gajen Chandra memberi pengaruh di kalangan anak muda sebagai pencipta kandungan dan usahawan muda yang penuh gaya.











