Skip to content

GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR

GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR

Kongsikan artikel ini

YM Tengku Bakar hadir dengan penuh gaya tersendiri, menjadikannya salah seorang lelaki berpengaruh dalam dunia fesyen. 

Seseorang yang sukar untuk ditemui,, mungkin kerana kesibukan dirinya. Namun, perbualan bersamanya juga cukup menarik. Lebih daripada sekadar seorang usahawan, YM Tengku Bakar turut menonjol menerusi identiti fesyennya yang tersendiri. Baginya, kualiti menjadi keutamaan, tanpa perlu bergantung pada nama besar sesebuah jenama untuk melengkapkan penampilan. Setiap pilihan, daripada helaian pakaian hingga koleksi kasut, mencerminkan cita rasa yang sofistikated dengan pendekatan understated yang cukup memikat. Meskipun namanya tidak asing dalam perbualan dunia fesyen, Tengku Bakar memilih untuk berada di sebalik tabir, membiarkan gaya peribadinya berbicara dan meninggalkan impak tersendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

1. Bagaimana Anda Ingin Menggambarkan Diri Anda Lima Tahun Akan Datang?

Dalam tempoh lima tahun akan datang, usia saya akan mencecah 45 tahun. Saya rasa pada usia itu, kerjaya saya akan berada di kemuncaknya dan itulah yang ingin saya usahakan. Buat masa ini, saya masih membina kerjaya dengan mengembangkan perniagaan sendiri. Pada masa yang sama, saya juga sedang melalui fasa mencuba pelbagai perkara baharu. Ada kalanya, saya suka menjadi DJ kerana saya memang meminati muzik.

HYROX juga sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupan saya kerana kecergasan sangat penting bagi saya. Saya rasa apabila memasuki usia 50-an nanti, saya tidak mahu terlalu tertekan dengan urusan kerja. Jadi, saya mahu berusaha mencapai sebanyak mungkin perkara yang diimpikan sebelum mencecah usia 50 tahun.

2. Bagaimana Anda Kekal Menjadi Diri Sendiri Apabila Semakin Ramai Orang Mempunyai Ekspektasi Terhadap Anda?

Bagi saya, menjadi diri sendiri sangat penting. Arwah ibu saya membesarkan saya dengan mengajar saya untuk menghormati orang lain, mempunyai keyakinan diri dan sentiasa berbuat baik kepada orang di sekeliling. Saya rasa prinsip ini tidak sepatutnya berubah, tidak kira sejauh mana kejayaan yang kita kecapi, kerana rasa hormat perlu diperoleh dan bukannya diberikan secara percuma.

3. Di Luar Kerjaya, Apakah Perkara Yang Paling Anda Minati?

Saya sebenarnya melakukan pelbagai perkara. Buat masa ini, saya banyak meluangkan masa dengan HYROX. Saya juga kembali mencuba bidang DJ sebagai aktiviti sampingan kerana dahulu saya kerap menjadi DJ ketika usia lebih muda. Saya memang sangat meminati muzik dan fesyen.

Tahun lalu, saya menghadiri banyak konsert. Malah, saya menyambut hari lahir dengan menghadiri sebuah konsert Afrobeat. Bagi saya, muzik ialah sesuatu yang sangat dekat dengan diri sendiri dan saya sentiasa menikmati peluang untuk meneroka minat tersebut.

4. Apakah Erti ‘good Style’ Buat Anda Sebagai Seorang Lelaki?

Bagi saya, gaya yang baik tidak bergantung pada jenama atau harga sesuatu pakaian. Apa yang lebih penting ialah kita tahu apa yang sesuai dengan diri sendiri dan apa yang mampu digayakan dengan baik. Kita perlu memahami penampilan sendiri dan memilih pakaian yang menyerlahkan kelebihan masing-masing.

Buat masa ini, item paling penting dalam almari pakaian saya ialah cermin mata hitam. Sebelum ini, kasut merupakan item yang paling saya utamakan.

5. Berkaitan Dengan Tema ‘celebrate Style’, Bagaimana Anda Meraikan Gaya Dalam Cara Tersendiri?

Saya memang meminati gaya streetwear dan suka memadankan pelbagai jenama, daripada jenama Jepun hinggalah jenama tempatan. Saya biasanya akan memakai apa sahaja yang saya suka, jadi tidak semestinya setiap item yang digayakan perlu daripada jenama mewah atau terkenal.

Untuk gaya harian, saya lebih mengutamakan keselesaan, terutamanya apabila mengambil kira keadaan cuaca di Malaysia. Bagi saya, gaya yang baik ialah gaya yang mencerminkan personaliti sendiri tanpa mengorbankan keselesaan.

6. Satu Lagu Yang Bermain Di Fikiran Sekarang?

Buat masa ini, lagu Slap the City daripada Drake, yang dimuatkan dalam album HABIBTI. Saya memang peminat Drake dan sangat menggemari muzik R&B. Saya suka lagu ini kerana ia membawa gambaran tentang gaya hidup yang dekat dengan cita rasa dan minat saya.

Pautan berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2026, “MAN OF INFLUENCE” – AMIRUL DANIAL

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SIAPAKAH BARISAN PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2026?

SIAPAKAH BARISAN PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2026?

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – ALVN

GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – ALVN

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL NEXT GEN” – FAHD DHAF

GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL NEXT GEN” – FAHD DHAF

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “MAN OF INFLUENCE”-AMIRUL DANIAL

GL THE MAN AWARDS 2026, “MAN OF INFLUENCE” – AMIRUL DANIAL

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK”- GAJEN CHANDRA

GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK”- GAJEN CHANDRA

Bacaan Lanjut
UNDIAN GL THE MAN AWARDS 2026 BERMULA! KENALI 10 NOMINEE GL STYLE'S CHOICE

UNDIAN GL THE MAN AWARDS 2026 BERMULA! KENALI 10 NOMINEE GL STYLE’S CHOICE

Bacaan Lanjut