Skip to content

GL THE MAN AWARDS 2026: MERAIKAN GAYA LELAKI MODEN

RECAP GL THE MAN AWARDS 2026: MERAIKAN GAYA LELAKI MODEN

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki kembali meraikan fesyen dan lelaki moden dengan GL The Man Awards buat tahun 2026.

Sepetang di Glassmansion berhiaskan bata polos ala vintaj, para tetamu – yang terdiri daripada para pemenang dan rakan GL – hadir memeriahi suasana. Bertemakan Celebrate Style, laskar jemputan eksklusif GLAM Lelaki tampil black and sleek, mencerminkan imej lelaki moden jati. Sepuluh individu telah dikurasi teliti oleh Pengarah Kreatif GL, Johan Kassim, serta co-chair jemputan disegani, Aedy Ashraf, untuk menerima GL The Man Awards. GLAM Lelaki juga meneruskan kategori Style’s Choice Award yang membuka peluang kepada para pembaca untuk memilih pemenang melalui undian talian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Barisan penerima anugerah

Malam penuh stail ini bukan sahaja menyatukan barisan individu penuh bakat. Setiap yang hadir juga membina hubungan, berkongsi bibit-bibit kehidupan, serta membicarakan fesyen. Mierul Aiman, pelakon muda yang baru sahaja bertukar blonde sempena rakaman filem, dianugerahkan Style Hero atas perjalanan, karakter, dan gayanya yang terus berkembang. Selain itu, atas pencapaian berkolaborasi bersama jenama-jenama hebat tempatan dan antarabangsa, pengasas SVG Worldwide, Ashraf Anuar, menerima anugerah Game Changer.

Tiga personaliti telah dipilih buat kategori Stail Terbaik. Yang pertama adalah pempengaruh dan pengasas jenama penjagaan kulit, Gajen Chandra. Kemenangannya sejajar dengan gayanya yang berani, unik dan konsisten. Yang kedua ialah pelakon dan ikon fesyen antarabangsa, ALVN. Antara pencapaian tertingginya termasuklah menghadiri Minggu Fesyen di Milan dan Paris serta pemberian anugerah kepada Max Verstappen di Bahrain Grand Prix bulan lalu. Tidak dilupakan juga YM Tengku Bakar, usahawan yang juga mempengaruhi dunia fesyen lelaki Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Hats off juga kepada M. Shaffuan, pengarah dan pengasas 2117 Production yang dinobatkan Visi Kreatif. Namun, tepukan paling gemuruh pada malam itu jatuh kepada Amirul Danial yang bukan sahaja menerima satu, namun dua anugerah GL The Man Awards 2026. Kategori yang dimenangi adalah Man of Influence serta Brand of The Year buat ALL LOVE bersama Julien.

Dalam meraikan fesyen, kita bukan sahaja perlu melihat kepada pembentuk namun juga penerajunya. Oleh itu, GL memilih Zaid Arif, pengasas Zeve, sebagai Style Tastemaker, manakala Fahd Dhaf sebagai Stail Next Gen. Hakimi Noordin mengukir namanya sebagai penerima anugerah Style’s Choice. Kemenangannya melengkapkan sebuah malam yang meraikan gaya, personaliti dan pengaruh dalam landskap fesyen lelaki tempatan.

 

Tetamu jemputan dan rakan GL

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Selain yang diberi pengiktirafan, GLAM Lelaki juga memilih rapi barisan tetamu lain yang hadir. Antara yang tidak dilupakan adalah penyanyi Hussain Jamilul, pelakon Dorm 403 Gbril, Tengku Mer, dan pemenang kategori Creative Visionary Award pada tahun lepas iaitu Masyadi Mansoor. Turut disongsong adalah ulang tahun ke-11 Zeve yang terus mengangkat imej fesyen lelaki Malaysia.

Artikel berkaitan: SIAPAKAH BARISAN PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2026?

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL THE MAN AWARDS 2026, “VISI KREATIF” – M. SHAFFUAN

GL THE MAN AWARDS 2026, “VISI KREATIF” – M. SHAFFUAN

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF

GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “BRAND OF THE YEAR” – ALL LOVE

GL THE MAN AWARDS 2026, “BRAND OF THE YEAR” – ALL LOVE

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN

GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR

GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR

GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR

Bacaan Lanjut