GL THE MAN AWARDS 2025: MALAM PENUH GAYA, INSPIRASI DAN PESONA LELAKI MODEN
GLAM Lelaki: GL The Man Awards 2025
Acara paling dinantikan tahun ini, GL The Man Awards 2025, berlangsung penuh gaya di Silver Monkey, Hotel Indigo. Menghimpunkan figura-figura lelaki berpengaruh dalam dunia fesyen, hiburan dan perniagaan. Dengan tema “Celebrate Style!”, majlis eksklusif anjuran Glam Lelaki ini meraikan sembilan individu yang mencetus inspirasi dalam gaya hidup moden, selain memperkenalkan kategori Style’s Choice Award, pilihan pembaca yang menentukan pemenangnya secara dalam talian.
Antara yang mencuri tumpuan malam itu termasuk Riduan Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan ttfga turut hadir mewakili Ridzman Zidaine menerima Game Changer Award atas kejayaannya melangkah ke pentas global bersama jenama-jenama fesyen ternama seperti Louis Vuitton dan Hermès. Dunia rekaan pula diraikan melalui Creative Visionary Award yang disampaikan kepada Masyadi Mansoor, manakala pasangan pereka di sebalik jenama Asal Lelaki, Hazwan Faiz dan Muzammil Rahmat, dinobatkan sebagai Fashion Entrepreneur of the Year atas kejayaan membina jenama lokal yang beridentiti moden dan versatil.
Sementara itu, malam penuh pesona ini turut menyaksikan Noh Salleh diumumkan sebagai Style Hero. Lucidrari yang menerima Next Gen Style Award sebagai simbol tenaga baharu dalam dunia muzik dan fesyen. Namun, sorakan paling gemuruh malam itu jelas milik Alpha. Dinobatkan sebagai pemenang Style’s Choice Award, hasil undian pembaca di laman rasmi Glam Lelaki. Kumpulan ini turut memeriahkan pentas dengan persembahan lagu “Bujang” dan P Ramlee Saloma.
GL The Man Awards 2025 bukan sekadar acara penghargaan, tetapi simbol penghormatan terhadap lelaki moden. Dimana mereka ini berani berekspresi, mencipta impak, dan memimpin gaya dengan keaslian. Malam itu membuktikan bahawa fesyen bukan hanya tentang pakaian, tetapi tentang semangat, karakter, dan keyakinan yang tidak pernah luntur.
Artikel Berkaitan: PENUH GAYA DAN KARISMA : ALPHA DINOBATKAN PENERIMA STYLE’S CHOICE AWARD DI GL THE MAN AWARDS 2025
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL EKSKLUSIF: DISEBALIK PENGGAMBARAN ISU SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA
Sepanjang penggambaran isu September 2026 GLAM Lelaki bersama ALPHA, beberapa gambar disebalik tabir dirakam.
PERSONA AHLI TERMUDA ALPHA, AFIQ SKY
Meskipun merupakan ahli termuda bagi kumpulan ALPHA, Afiq Sky tidak pernah lekang membuktikan bakatnya dalam industri seni.
COS BAWA AW26 KE NYFW, GABUNGKAN MODENISME KORPORAT & DEKADEN 1920-AN
COS kembali ke pentas peragaan New York Fashion Week (NYFW) menerusi koleksi terbaharu mereka buat Autumn-Winter 2027.
7 FAKTA TENTANG RAPPER UTAMA ALPHA, ARIEL FESOL
Lihatkan asal-usul dan perjalanan Ariel Fesol yang menjadi ukiran mozaiknya sebelum menjadi ahli ALPHA.
AMEERA KHAN, JEFRI NICHOL, DAN SEKUFU DALAM HUBUNGAN
Baru-baru ini, viral di media sosial tentang Ameera Khan yang membincangkan hubungan masa lalunya bersama Jefri Nichol.











