PENUH GAYA DAN KARISMA : ALPHA DINOBATKAN PENERIMA STYLE’S CHOICE AWARD DI GL THE MAN AWARDS 2025
Kemuncak GL The Man Awards 2025 menjadi pentas penuh glamor yang meraikan lelaki moden dalam segala dimensi gaya, bakat, dan personaliti. Dari red carpet hingga ke pentas utama, acara anjuran Glam Lelaki itu menyaksikan figura-figura berpengaruh hadir dalam gaya tersendiri. Namun, sorotan utama malam jatuh kepada kumpulan Alpha, yang berjaya membawa pulang Style`s Choice Award, anugerah yang dipilih sepenuhnya melalui undian pembaca di laman rasmi Glam Lelaki.
Kemenangan ini tidak datang secara kebetulan. Alpha dikenali bukan sekadar sebagai kumpulan muzik berbakat, tetapi juga sebagai simbol gaya kontemporari lelaki Malaysia. Penampilan mereka sentiasa kemas, berani bereksperimen tanpa mengorbankan keaslian. Satu keseimbangan yang jarang ditemui. Dari busana pentas hingga gaya harian, Alpha mencerminkan definisi “confidence meets character”, menjadikan mereka ikon gaya yang digeruni dan disegani.
Sebagai hadiah buat peminat dan tetamu malam itu, Alpha turut mempersembahkan dua lagu yang memukau. “Bujang” dan “P Ramlee Saloma” melalui gubahan harmoni moden yang penuh penghayatan. Gabungan vokal harmoni dan aura pentas mereka membangkitkan semangat elegan, sambil membawa sentuhan moden yang mencerminkan jiwa sebenar Glam Lelaki.
@glamlelaki_my Persembahan istimewa dari penerima #GLTheManAwards2025 Style’s Choice, @ALPHA 🙌🏻🙌🏻🙌🏻 #GLAMLelaki #GLTheManAwards #BossRecognizeBoss #ALPHA ♬ original sound – GLAM Lelaki
Malam GL The Man Awards 2025 bukan sekadar malam pengiktirafan ia adalah pentas di mana gaya dan keaslian diraikan. Dan malam itu, Alpha membuktikan bahawa menjadi “lelaki bergaya” bukan hanya soal pakaian, tetapi tentang keyakinan, karisma, dan bagaimana seseorang meninggalkan jejak yang menginspirasi.
Artikel Berkaitan: MEET ALPHA: BINTANG BARU M-POP MALAYSIA
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL EKSKLUSIF: DISEBALIK PENGGAMBARAN ISU SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA
Sepanjang penggambaran isu September 2026 GLAM Lelaki bersama ALPHA, beberapa gambar disebalik tabir dirakam.
PERSONA AHLI TERMUDA ALPHA, AFIQ SKY
Meskipun merupakan ahli termuda bagi kumpulan ALPHA, Afiq Sky tidak pernah lekang membuktikan bakatnya dalam industri seni.
COS BAWA AW26 KE NYFW, GABUNGKAN MODENISME KORPORAT & DEKADEN 1920-AN
COS kembali ke pentas peragaan New York Fashion Week (NYFW) menerusi koleksi terbaharu mereka buat Autumn-Winter 2027.
7 FAKTA TENTANG RAPPER UTAMA ALPHA, ARIEL FESOL
Lihatkan asal-usul dan perjalanan Ariel Fesol yang menjadi ukiran mozaiknya sebelum menjadi ahli ALPHA.
AMEERA KHAN, JEFRI NICHOL, DAN SEKUFU DALAM HUBUNGAN
Baru-baru ini, viral di media sosial tentang Ameera Khan yang membincangkan hubungan masa lalunya bersama Jefri Nichol.











