7 FAKTA TENTANG RAPPER UTAMA ALPHA, ARIEL FESOL
Lihatkan asal-usul dan perjalanan Ariel Fesol yang menjadi ukiran mozaiknya sebelum menjadi ahli kumpulan ALPHA.
Siapa sahaja yang tidak mengenali salah satu daripada tujuh wajah yang menghiasi kulit majalah GLAM Lelaki September ini? Ariel Fesol, atau nama panjangnya Muhamad Fhazrill Fesol, lama berkerah tenaga demi mencapai titik tetap di lapangan seni.
Ariel mula melibatkan diri dalam dunia nyanyian pada umur yang cukup muda, iaitu 12 tahun. Hingga kini, ternyata rezekinya di industri ini tidak goyah, meskipun pernah cuba melibatkan diri dalam dunia penerbangan.
Ini juga bukanlah kali pertama Ariel dipaparkan dalam majalah GLAM Lelaki. Bakatnya sudah lama mencuri tumpuan, lebih-lebih lagi dengan rupa, tenaga, dan penampilannya ketika di atas pentas.
Bagi meraikan kepulangannya, GLAM Lelaki menghimpunkan tujuh fakta yang perlu diketahui tentang rapper utama kumpulan ALPHA ini.
1. Asal-usul
Ariel berasal dari Bukit Mertajam, Penang, dan menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Juara, Pulau Pinang.
2. Tarikh lahir
Tarikh lahir Ariel jatuh pada tanggal 28 Ogos 1998. Tanda zodiaknya merupakan seorang Virgo.
3. Petanding Idola Kecil

Sebelum menjadi ahli ALPHA, Ariel merupakan pemenang tangga keempat di pertandingan Idola Kecil pada tahun 2009. Setelah itu, Ariel juga menyertai beberapa pertandingan nyanyian yang lain, termasuklah Pop Krew pada tahun 2014, 3 Juara pada tahun 2016, dan akhirnya Big Stage Alpha pada 2025. Secara keseluruhan, Ariel pernah menyertai empat pertandingan menyanyi.
4. Kareer pramugara
Ariel juga pernah menganjak ke industri penerbangan dengan bekerja sebagai pramugara Air Asia selama enam tahun. Dia mengambil keputusan mengajar impian dalam bidang muzik demi mengecapi lebih banyak kejayaan.
5. Juara Big Stage Alpha
Meskipun ALPHA dikenali dengan tujuh ahli berbakat, kesemua mereka merupakan finalis Big Stage ALPHA. Ariel secara rasmi digelar sebagai juara pertandingan tersebut pada tanggal 15 Jun 2025 dengan persembahan I Don’t Want to Miss a Thing oleh Aerosmith.
6. Keluarga
Mengikut rapi stereotaip anak tengah yang bersifat adventurous, Ariel merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik.
7. Kareer lakonan
Ariel juga pernah menyertai lakonan pelbagai aspek. Antranya adalah Misteri Rumah Pertama, debutnya dalam drama, drama web Satu, Dua…Dia?, dan telefilem Seven Untuk Suci.
Artikel berkaitan: APA WANGIAN KEGEMARAN AHLI ALPHA? INI 7 PILIHAN MEREKA
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DANIEL SHER: APA ERTINYA MENJADI LEADER ALPHA?
Daniel Sher berkongsi erti menjadi ketua ALPHA dan cabaran menyatukan tujuh personaliti dalam satu kumpulan.
7 KONSERT TERBESAR DI KL PADA HUJUNG TAHUN 2026
Hujung tahun ini, manjakan diri dengan konsert-konsert terbesar yang bakal berlangsung di KL, daripada The First Wave hinggalah Arirang World Tour.
ALPHA’S FAVOURITE WARDROBE, RIZAL RASID DAN GAYA FESYEN YANG TERSENDIRI
Rizal Rasid merupakan antara ahli dengan fesyen yang penuh gaya dan versatil, diiktiraf oleh ahli ALPHA sendiri!
NEW HAIR, NEW IZAT IBRAHIM: EVOLUSI GAYA RAMBUTNYA
Izat ALPHA sering tampil dengan warna dan gaya rambut berbeza. Jom lihat evolusi hair colour dan hairstyle Izat yang sentiasa berubah!
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
GL EKSKLUSIF: DISEBALIK PENGGAMBARAN ISU SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA
Sepanjang penggambaran isu September 2026 GLAM Lelaki bersama ALPHA, beberapa gambar disebalik tabir dirakam.











