ALPHA’S FAVOURITE WARDROBE, RIZAL RASID DAN GAYA FESYEN YANG TERSENDIRI
Rizal Rasid merupakan antara ahli dengan fesyen yang penuh gaya dan versatil, diiktiraf oleh ahli ALPHA sendiri!
Apabila ditanya almari siapa yang paling mereka inginkan, ALPHA dengan serta merta memetik nama Rizal Rasid. Semestinya kerana gaya fesyennya yang tersendiri dan baju-bajunya yang menarik perhatian. Nama Rizal bukanlah baharu dalam industri ini. Sebelum berkarya bersama ahli ALPHA, Rizal Rasid sudah meningkatkan namanya sendiri sebagai penyanyi dan pencipta kandungan di media sosial. Pada tahun 2025, Rizal menyertai rancangan realiti Big Stage Alpha sebelum debut bersama ALPHA sebagai lead vocal. Penyanyi yang berasal dari Brunei ini juga pernah menjadi seorang pramugara sebelum mengejar impian dalam dunia muzik.
Rizal memulakan perjalanan muziknya di Brunei dengan menghasilkan beberapa lagu untuk pasaran tempatan. Namanya mula mendapat perhatian di Malaysia selepas dia menandatangani kontrak bersama Warner Music Malaysia. Pada 2020, Rizal menerusi lagu Cukup yang dipilih sebagai runut bunyi drama TV3, Rindu Yang Terindah, sekali gus memperkenalkan namanya kepada khalayak arus perdana Malaysia. Dia kemudiannya meneruskan momentum dengan single Hubungan Tanpa Status yang menerima sambutan positif di platform digital.
Memasuki 2024, Rizal tampil dengan lagu Nadi sebelum memperkenalkan versi akustiknya, Nadi (Akustik). Lagu tersebut turut mendapat perhatian meluas, selain video muzik rasminya diterbitkan oleh Warner Music Malaysia di YouTube. Pada awal 2025 pula, Rizal berkolaborasi bersama penyanyi Tish Errda menerusi Tarikh Luput, sebuah lagu yang mengetengahkan sisi muzik dan gaya nyanyian yang lebih segar. Apabila bercakap tentang ahli paling bergaya dengan cara tersendiri, ALPHA sendiri setuju bahawa jawapan untuk soalan ini ialah Rizal. Gaya Rizal semestinya menyerlah, mungkin kerana fizikalnya yang bak model.
Jadi, sempena Rizal menjadi salah seorang yang menghiasi muka hadapan isu September GLAM Lelaki, ini 5 gaya fesyen Rizal Rasid pilihan GLAM Lelaki.
#1 Gaya Konsert Yang Sempurna
#2 Yang Penting, Kasual & Selesa
#3 Tank Top + Jaket, Pelengkap Gaya
Baca: PERSONA AHLI TERMUDA ALPHA, AFIQ SKY
#4 Jaket Bulu Di Kota Seoul
#5 THE Airport Look
Pautan berkaitan: 7 FAKTA TENTANG RAPPER UTAMA ALPHA, ARIEL FESOL
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NEW HAIR, NEW IZAT IBRAHIM: EVOLUSI GAYA RAMBUTNYA
Izat ALPHA sering tampil dengan warna dan gaya rambut berbeza. Jom lihat evolusi hair colour dan hairstyle Izat yang sentiasa berubah!
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
GL EKSKLUSIF: DISEBALIK PENGGAMBARAN ISU SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA
Sepanjang penggambaran isu September 2026 GLAM Lelaki bersama ALPHA, beberapa gambar disebalik tabir dirakam.
PERSONA AHLI TERMUDA ALPHA, AFIQ SKY
Meskipun merupakan ahli termuda bagi kumpulan ALPHA, Afiq Sky tidak pernah lekang membuktikan bakatnya dalam industri seni.
7 FAKTA TENTANG RAPPER UTAMA ALPHA, ARIEL FESOL
Lihatkan asal-usul dan perjalanan Ariel Fesol yang menjadi ukiran mozaiknya sebelum menjadi ahli ALPHA.
APA WANGIAN KEGEMARAN AHLI ALPHA? INI 7 PILIHAN MEREKA
Sebagai penghias muka hadapan isu September 2026 GLAM Lelaki, ALPHA turut berkongsi wangian kegemaran mereka.











