Skip to content

GL EKSKLUSIF: DISEBALIK PENGGAMBARAN ISU SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA

GL EKSKLUSIF: DISEBALIK PENGGAMBARAN ISU SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA

Kongsikan artikel ini

Sepanjang penggambaran isu September 2026 GLAM Lelaki bersama ALPHA, beberapa gambar disebalik tabir dirakam.

Setiap satu gambar ditangkap sebagai hadiah eksklusif buat Alphanites. ALPHA merupakan nama yang cukup terkenal dalam kalangan generasi baharu hiburan di Malaysia. Dengan pengikut lebih daripada 30 ribu di akaun kumpulan mereka, ALPHA berjaya memberi nafas baharu dalam industri muzik Malaysia. Walaupun nama mereka cukup besar di Malaysia, melihat gelagat mereka amat menyeronokkan.

Disebalik gambar-gambar serius yang dikongsi oleh GLAM Lelaki, ada terselit gelak tawa sepanjang penggambaran muka hadapan isu cetakan kami. Tujuh individu, dengan tujuh personaliti yang berbeza ini saling melengkapi. Dari segi persembahan mereka di atas pentas, dan persahabatan mereka off-stage. Apabila diusul untuk melakukan TikTok Challenge bersama GLAM Lelaki, mereka dengan serta merta bersetuju. Challenge apa? Nantikan di akaun tiktok @glamlelaki_my. Dinamik antara ahli-ahli yang lebih muda, mengusik abang-abang mereka ketika penggambaran juga amat melucukan.

Pada bulan Oktober 2025, ALPHA dinobatkan sebagai penerima anugerah Style’s Choice di GL The Man Awards 2025. Anugerah pilihan pembaca itu diterima oleh mereka selepas meraih undian tertinggi di antara 10 calon. Antara pencapaian ALPHA yang turut menjadi perhatian ialah apabila lagu terhangat mereka, P.Ramlee Saloma menjadi lagu pertama Malaysia yang tercalon di Japan Music Awards 2026. Setiap pencapaian mereka semestinya diiringi titik peluh ahli yang berusaha keras, pasukan pengurusan serta peminat setia, Alphanite.

Sempena ALPHA menghiasi muka hadapan isu cetakan GLAM Lelaki, kami kongsikan beberapa gambar disebalik penggambaran isu September 2026 ini. Enjoy!

Jurugambar: Lily Allisa

Pautan berkaitan: APA WANGIAN KEGEMARAN AHLI ALPHA? INI 7 PILIHAN MEREKA

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PERSONA AHLI TERMUDA ALPHA, AFIQ SKY

PERSONA AHLI TERMUDA ALPHA, AFIQ SKY

Bacaan Lanjut
7 FAKTA TENTANG RAPPER UTAMA ALPHA, ARIEL FESOL

7 FAKTA TENTANG RAPPER UTAMA ALPHA, ARIEL FESOL

Bacaan Lanjut
APA WANGIAN KEGEMARAN AHLI ALPHA? INI 7 PILIHAN MEREKA

APA WANGIAN KEGEMARAN AHLI ALPHA? INI 7 PILIHAN MEREKA

Bacaan Lanjut
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut
KLFW 2026 RECAP HARI PERTAMA: ALPHA CURI TUMPUAN DI PENTAS RIZMAN RUZAINI

KLFW 2026 RECAP HARI PERTAMA: ALPHA CURI TUMPUAN DI PENTAS RIZMAN RUZAINI

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut