5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Setiap gym bro mesti lazim dengan pergelutan dalam mencukupkan protein goal harian. Seringkali dilihat, lelaki yang cuba mengamalkan gaya hidup sihat sentiasa memilih makanan low effort, high reward tanpa mengira rasa dan rupa makanan. Namun, ini menjadi antara punca mengapa ramai yang sukar konsisten dalam menjaga pemakanan terutamanya dalam jangka masa panjang. Sekadar mengharapkan serbuk protein juga bukanlah langkah yang sustainable, lebih-lebih lagi ingin menahan rasanya yang cukup memeritkan.
Bagi yang membutuhkan cheat sheet untuk mencapai sasaran protein harian anda, GLAM Lelaki memberikan lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba, termasuklah sumber tumbuhan.
Tuna

Tuna menawarkan nisbah kalori kepada protein (calorie to protein ratio) yang terendah, iaitu 120 kalori memberikan 30 gram protein. Bagi yang ingin menurunkan berat badan sambil membina otot, ini adalah pilihan yang paling tepat.
Kalori/100g: 120kkal
Protein: 30g
Ayam
View this post on Instagram
A post shared by Fitia: AI Calorie Counter & Meal Planner (@fitia.app.en)
Biarpun direbus, dibakar, atau digoreng menggunakan air fryer, ayam, terutamanya dada ayam, merupakan sumber protein yang paling versatil untuk dimasak. Selain daripada ayam dan brokoli yang menjadi menu kebiasaan, cuba resepi baru yang sihat dan sedap seperti ayam sup.
Kalori/100g: 160kkal
Protein: 30g
Tempeh

Makanan yang berasal dari Indonesia ini cukup digemari kerana rasanya yang unik dan impaknya yang sihat. Ia rendah karbohidrat dan tinggi protein. Asal-usulnya dari soya juga menawarkan protein yang bersifat vegan secara semulajadi. 193 kalori di dalam 100 gram tempeh dapat memberikan 19 gram protein.
Kalori/100g: 193kkal
Protein: 19g
Edamame
:strip_icc()/recipes-how-to-cooking-basics-how-to-cook-edamame-04-67af81d469994e7091e6135de04149ab.jpg)
Selain protein, edamame juga tinggi serat yang membantu sistem penghadaman. Kacang lembut dari Jepun ini merupakan antara sumber protein sayur-sayuran dan murah – sesuai untuk snek tatkala rasa ingin menguyah.
Kalori/100g: 121kkal
Protein: 12g
Oatside High Protein Oat M*lk
Berbanding serbuk protein, Oatside High Protein Oat M*lk memberikan rasa yang lebih berkrim dan lazat. Tersedia dalam perisa vanila, coklat, dan juga kopi, Oatside kini merupakan antara jenama susu alternatif utama disekitar Asia Tenggara bagi menggantikan produk tenusu. Ia juga sejajar dengan amalan mampan untuk mengurangkan impak kepada alam sekitar.
Kalori/250ml: 188kkal
Protein: 20g
Artikel berkaitan: 5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.











