Skip to content

7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA

7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA

Kongsikan artikel ini

Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden.

Selama dua tahun yang lalu, pertandingan sukan Hyrox mula mendominasi dunia fitness. Kini, menyertainya seperti menjadi kewajipan buat pencinta hidup aktif, terutamanya bagi lelaki golongan 20 hingga 40 tahun. Ternyata dunia kecergasan kini menjangkaui faktor estetika dan kesihatan badan, malah juga tentang membina komuniti. Lebih-lebih lagi kerana pertandingan ini boleh disertai secara single, double, atau relay.

Apa yang menarik tentang Hyrox, ia menguji ketahanan fizikal dan mental. Konsep senamannya adalah hibrid, menggabungkan senaman serba fungsi dan sesi larian 1km yang dilakukan secara berselang-seli sebanyak lapan kali. Cabarannya juga lebih berstruktur, memudahkan pengukuran prestasi.

Pertandingan yang berasal dari Jerman kini menjadi acara kecergasan global. Kini, satu lagi trend baru bagi para peserta Hyrox adalah untuk melancong sambil bertanding. Personaliti tempatan seperti Aedy Ashraf, Ikmal Amry, dan Amir Ahnaf juga tidak lekang menyertai ujian intensif ini mahupun di luar negara, termasuklah Bangkok, Shanghai, dan Barcelona.

Sama ada anda ingin mencuba perkara baru, mencabar tahap kecergasan, atau terinspirasi daripada selebriti kegemaran, lihatkan tujuh pertandingan Hyrox bagi enam bulan terdekat yang anda boleh sertai, daripada Kuala Lumpur hingga Dubai.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bakar Abdullah (@bakers.33)

 

1. Seoul

Tarikh: 13 – 15 November 2026

Beli tiket disini.

 

2. Guangzhou

Tarikh: 21 – 22 November 2026

Beli tiket disini.

 

3. Singapore

Tarikh: 26 – 29 November 2026

Beli tiket disini.

 

4. Dubai

Tarikh: 27 – 28 November 2026

Beli tiket disini.

 

5. Kuala Lumpur

Tarikh: 10 – 13 December 2026

Beli tiket disini.

 

6. Osaka

Tarikh: 21 – 25 Januari 2027

Beli tiket disini.

 

7. Bangkok

Tarikh: 11 – 14 Februari 2027

Beli tiket disini.

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER

5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER

Bacaan Lanjut
GL PLAYLIST: 10 LAGU UNTUK MEMBERI HYPE KETIKA BERSENAM

GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM

Bacaan Lanjut
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut