Skip to content

5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

Kongsikan artikel ini

Rutin senaman selebriti lokal terus menjadi kegilaan ramai, dimana sosok tubuh dan kecergasan diterjemahkan sebagai sumber inspirasi.

Setiap lelaki moden pastinya mempunyai rupa tubuh idaman. Apatah lagi dalam era media sosial, selebriti, idola, dan pempengaruh sering menjadi inspirasi body goals. Di luar estetika, senaman juga dapat membentuk disiplin, menguatkan mental, serta mendorong gaya hidup yang lebih seimbang dan konsisten. Lima selebriti lokal ini membuktikan bahawa di sebalik bakat dan populariti, terserlah juga dedikasi mereka dalam bersenam dan membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.

 

1. Gbril

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gbril (@_g.bril_)

Kardio merupakan antara salah satu senaman yang paling mudah dilakukan lantaran tidak mengira lokasi dan peringkat umur. Gbril sentiasa menghadirkan rasa cintanya terhadap joging. Senaman ini sesuai bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan dengan mudah sambil melatih stamina dan menguatkan jantung.

 

2. Aedy Ashraf

 

View this post on Instagram

 

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

Antara selebriti yang lantang menyunting tentang rutin senaman mereka adalah Aedy Ashraf, lebih-lebih lagi penyertaannya dalam Hyrox. Pertandingan kecergasan ini menggabungkan larian dan senaman berfungsi. Berbanding larian, High Intensity Interval Training, atau lebih dikenali sebagai HIIT, dapat melatih daya ketahanan dan kesihatan kardiovaskular dalam masa yang serentak.

 

3. Meerqeen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Meerqeen (@meerqeen)

April lalu, Meerqeen membuat tranformasi badan yang mengejutkan rantaian peminat. Rahsianya? Latihan kekuatan ataupun strength training. Strength training dapat membina otot, mengurangkan lemak badan, dan membakar kalori. Pelakon tampan ini juga mengimbangi sesi gim bersama kardio, serta dilihat menyertai perlumbaan fitness Hyrox.

 

4. Nik Rifa’ie

Bagi yang tidak mempunyai akses kepada alatan gim, berat badan sendiri juga sudah mencukupi. Bagi Nik Rifa’ie, kalistenik menjadi sukan go-to. Sifat senaman ini memanfaatkan body strength, mudah dilakukan dimana-mana, dan dapat membina sosok tubuh yang tegap.

 

5. Sky Iskandar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sky iskandar (@skyiskndr)

Sukan kombat seperti tinju dan Muay Thai semakin mencuri perhatian, lebih-lebih lagi dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sky Iskandar juga tidak terkecuali melibatkan diri dalam sukan ini, terutamanya dalam persiapannya untuk filem The Furious.

Artikel berkaitan: 5 SUKAN UNTUK LELAKI MODEN: DARI GYM KE OUTDOOR ADVENTURE

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA

7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA

Bacaan Lanjut
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER

5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER

Bacaan Lanjut
GL PLAYLIST: 10 LAGU UNTUK MEMBERI HYPE KETIKA BERSENAM

GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM

Bacaan Lanjut

5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA

Bacaan Lanjut