Skip to content

AINA ABDUL X MELINDA LOOI: APABILA FESYEN JADI PERSEMBAHAN

Kongsikan artikel ini

Bagi Aina Abdul, naik ke pentas bukan sekadar soal suara. Penampilan harus on point, siluet kena masuk dan setiap detail perlu ada cerita. Bersama Melinda Looi, fesyen bukan sekadar outfit, ia menjadi sebahagian daripada persembahan.

BUKAN OUTFIT BIASA

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Aina Abdul memang bukan seorang artis yang tampil di atas pentas dengan penampilan biasa-biasa. Gaya dramatik, ‘bold’ dan sedikit theatrical sudah menjadi signature dirinya. Dari gaun statement hingga siluet yang mencuri perhatian, setiap penampilan seolah-olah direka untuk buat kita berhenti scroll.

MELINDA LOOI MASUK ‘FRAME’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Melinda Looi (@melindalooi)

Di sinilah kreativiti Melinda Looi memainkan peranan. Rekaan bukan sekadar tentang “nampak cantik”, tetapi bagaimana sesuatu busana boleh bergerak, membentuk karakter dan menghidupkan keseluruhan persembahan.

LOOK HARUS BERPADANAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Untuk seorang penghibur, outfit perlu lebih daripada sekadar estetika. Ia perlu berpadanan dengan muzik, pengcahayaan, pergerakn dan tenaga atas pentas. Siluet, tekstur dan volume semuanya perlu bekerjasama untuk menghasilkan satu visual yang diingati.

FESYEN PUN BOLEH BERCERITA

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Apa yang menarik tentang Aina dan Melinda ialah cara mereka menjadikan fesyen sebagai visual storytelling. Sebelum Aina mula menyanyi, outfit-nya sudah memberi sedikit petunjuk tentang kisah yang bakal dibawa.

THE POWER OF A STATEMENT LOOK

Dalam dunia persembahan, first impression memang segalanya. Look yang kuat bukan sekadar mencuri perhatian, tetapi membantu mencipta identiti yang sangat diingati. Dan Aina tahu bagaimana untuk ‘own the moment’. Aina membawa suara. Melinda membina bentuk. Di atas pentas, kedua-duanya bertemu dan menjadikan fesyen sebahagian daripada persembahan epik.

Pautan berkaitan: #GL15TAHUN WOMAN OF THE YEAR, AINA ABDUL

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut
AJL 40 TV3

10 LAGU BAKAL BERENTAP MEMBURU GELARAN JUARA ANUGERAH JUARA LAGU 40

Bacaan Lanjut
5 JENAMA KASUT MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI MODEN SEPANJANG 2026

5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut