Skip to content

5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA

Kongsikan artikel ini

Biarpun anda sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.

Nama Daiyan Trisha tidak memerlukan sebarang introduksi. Daripada filem, host, hinggalah muzik, pemuda 33 tahun ini mendominasi setiap bicara tentang dunia hiburan Malaysia. Legasinya mula dilakar ketika berumur 16 tahun di YouTube sebelum debutnya dalam industri filem untuk siri Dee di Astro Ceria. Setelah itu, Daiyan terus-menerus membintangi filem dan siri tempatan, termasuklah Girlfriend Kontrak dan My Coffee Prince arahan Michael Ang. Namanya kekal terserlah berbanding rakan seindustri, susulan lagu-lagu yang ditulis dan dinyanyi olehnya untuk drama yang dibintangi. Sama ada anda seorang peminat tegar atau baru mahu mengenali bintang jelita ini, lihatkan lima sorotan filem oleh Daiyan Trisha yang menyerlahkan bakat lakonannya.

 

Aku Mahu ke New York

Tanya saja setiap gadis Melayu Gen Z dan Milennial, pasti mereka membesar mengikuti siri ikonik Aku Mahu oleh Ain Maisarah. Pada tahun 2015, Daiyan Trisha, di samping nama-nama lazim lain seperti Eyka Farhana dan Sweet Qismina, tampil sebagai ahli The Wannababes dalam adaptasi novel Aku Mahu ke New York. Filem girlhood ini mengisahkan pengalaman lima sekawan yang mengikuti lawatan sekolah ke New York. Namun yang tidak dijangka, New York bukanlah kota Amerika, namun nama kampung pedalaman.

 

Tetuan Ang & Rahimin

Tetuan Ang & Rahimin memotretkan sisi playful Daiyan Trisha, dimana Daiyan memainkan watak Budi, peguam junior pelbagai ragam namun tetap tegas dalam karier. Pengisahan tentang pergelutan dalam firma guaman ini mula ditayang di Astro Ria pada tahun 2022, juga dibintangi Ben Amir dan Rashidi Ishak.

 

Projek Anchor SPM

Sekumpulan pelajar berasrama penuh yang berprestij bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Aida, pelajar paling cemerlang, bersama Aizat, pelajar paling nakal, bersekongkol menjalankan projek untuk membantu rakan-rakan sebaya mereka untuk cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

 

Keikhlasan Cinta

Apakah yang terjadi apabila bintang terkenal bertemu seorang ustaz yang konservatif? Rania merupakan selebriti provokatif yang juga mewajahi jenama-jenama mewah. Namun, dia jatuh dalam pergelutan apabila digandingkan dengan Ustaz Hilman untuk program keagaaman untuk membina semula reputasi. Dapatkah pasangan tidak serasi ini merapatkan jurang?

 

Anom Suraya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🦋 (@daiyantrisha)

Anom Suraya merupakan siri adaptasi daripada novel karya ibu Daiyan Trisha, Samsiah Mohd Nor, yang diterbitkan pada tahun 1992. Seorang gadis kampung menjadi penjaga buat Badrol dan terjatuh cinta dengan abang Badrol, Bakhtiar. Situasi ini memerangkapnya dalam konflik emosi antara cinta, tanggungjawab, dan belas kasihan. Setelah pulang ke kampung, Anom menemui seorang lelaki misteri di pantai, meninggalkan persoalan siapakah sebenarnya pilihan hatinya.

Artikel berkaitan: DAIYAN TRISHA BINTANGI DRAMA ANOM SURAYA ADAPTASI NOVEL KARYA IBUNYA

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN

Bacaan Lanjut

SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut