Skip to content

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Kongsikan artikel ini

Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Muaz Zabir dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur. Satu reunion. Satu cerita. Dan satu persoalan. Dorm 403, ke mana langkah mereka seterusnya?

Muaz Zabir kini berada di arka villainnya. Jika dahulunya sering memegang watak protagonis, kini Muaz menyahut cabaran memegang watak yang lebih kompleks bagi Dorm 403, iaitu sebagai Kuyu. Khas buat GLAM Lelaki, pelakon, jurulatih kecergasan, dan pengacara ini berkongsi pengalamannya meniti aliran baharu. Lebih-lebih lagi bagaimana filem bersiri sekolah tinggi ini telah mengubah kerjayanya.

 

Apa yang peminat boleh expect daripada karakter yang anda mainkan pada musim seterusnya?

Musim pertama mengedepankan kisah latar belakang buat Sheikh. Namun, musim kedua lebih banyak menekankan tentang kisah Kuyu. Dengan ini, penonton boleh lebih memahami perkembangan watak Kuyu serta punca karakternya terjebak dalam situasi yang kini dilaluinya.

 

Bagaimana drama Dorm 403 membina karakter anda sebagai seorang pelakon dan sebagai seorang individu?

Memainkan watak Kuyu menjadi satu batu lonjakan buat Muaz. Selama empat tahun berlakon, Dorm 403 memotretkan watak yang berbeza daripada karakter-karakter lain yang pernah Muaz bawa. Berbanding sebelum ini memainkan watak protagonis, Muaz dicabar untuk menerima naskhah yang lain. Tak sangka juga mendapat penerimaan yang baik. Dan seterusnya dapat menonjolkan kebolehan saya yang lebih dinamik sebagai pelakon.

 

Apa persediaan yang dilakukan sebelum penggambaran musim akan datang?

Persediaan yang paling sukar adalah untuk menjayakan watak berumur 16 tahun sebagai seorang yang kini menginjak umur 30 tahun. Selain itu, perlu juga membuat persediaan mental untuk waktu penggambaran yang sangat lama, terutama bagi babak yang melibatkan ramai orang.

Artikel berkaitan: DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

Bacaan Lanjut