Skip to content

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Kongsikan artikel ini

Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Nik Rifaie dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur. Satu reunion. Satu cerita. Dan satu persoalan. Dorm 403, ke mana langkah mereka seterusnya?

Watak Lonjong dan Nik Rifaie mempunyai beberapa persona yang sama: mesra dan happy-go-lucky. Namun dengan penekanan kompleksiti karakter yang dimainkan pada musim kedua dan ketiga, Nik Rifaie mempelajari cara memainkan watak yang lebih mendalam. Tatkala pelakon lain bersiap siaga dari segi fizikal, Nik mengumpul ilmu daripada pelakon-pelakon berpengalaman tentang cara mengimbangi antara personaliti fantasi dan realiti.

 

Apa yang peminat boleh expect daripada karakter yang anda mainkan pada musim seterusnya?

Semestinya penonton sudah tahu bahawa watak Lonjong adalah positif dan happy-go-lucky. Namun bagi musim kedua dan ketiga, terdapat lebih elemen yang mendalam buat sisi emosi Lonjong.

 

Bagaimana drama Dorm 403 membina karakter anda sebagai seorang pelakon dan sebagai seorang individu?

Dorm 403 ini mengetengahkan backstory karakter masing-masing. Ramai yang tidak tahu latar perit disebalik watak Lonjong – in a way, saya rasa seperti karakter Nik dan Lonjong mempunyai beberapa persamaan. Saya cuma cuba mengaplikasikan karakter yang lebih nakal ketika bermain watak Lonjong.

 

Apa persediaan yang dilakukan sebelum penggambaran musim akan datang?

Untuk persediaan, Nik hanya menyambungkan karakter Lonjong dalam musim pertama ke dalam musim-musim seterusnya. Persediaannya mungkin lebih kepada mental untuk ‘masuk semula’ kedalam karakter Lonjong yang lebih mendalam; dimana masalahnya dipendam dan dirinya ditonjolkan sebagai outgoing’.

Artikel berkaitan: DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

Bacaan Lanjut