HYROX: PERLUMBAAN FITNESS PALING ‘NEXT LEVEL’ UNTUK LELAKI MASKULIN
Dalam dunia kecergasan yang semakin sengit, lelaki moden kini mencari lebih daripada sekadar senaman harian atau bentuk tubuh menarik. Mereka mahukan tujuan, cabaran sebenar dan komuniti yang mendorong mereka ke tahap seterusnya. Inilah sebab mengapa Hyrox menjadi bualan hangat di kalangan peminat sukan dan kecergasan tempatan.
Ia bukan sekadar satu lagi acara larian atau pertandingan angkat berat, ia adalah gabungan kedua-duanya. Dengan konsep hibrid yang menggabungkan 8 senaman serba fungsi dan 8 sesi larian 1km secara berselang-seli, Hyrox menguji ketahanan fizikal dan mental anda dalam satu acara berstruktur. Dan yang terbaik, ia direka untuk semua peringkat kecergasan.
Apa Itu Hyrox?

Kredit foto: Originfitness
Berasaskan di Jerman dan kini menjadi acara kecergasan global yang dianjurkan di lebih 11 negara. Tidak seperti CrossFit yang berasaskan teknik atau Ironman yang ekstrem, Hyrox menawarkan cabaran yang standardized, yang mana setiap peserta menyertai format dan halangan yang sama. Ini bermakna anda boleh mengukur prestasi anda dengan adil, tidak kira di mana anda menyertainya.
Struktur perlumbaannya adalah seperti berikut:
-
1km larian
-
Senaman serba fungsi (seperti ski erg, sled push, sled pull, burpee broad jumps, rowing, kettlebell farmer’s carry, lunges, dan wall balls)
-
Ulangi proses ini sebanyak 8 kali.
Setiap peserta akan melalui cabaran yang sama, dan masa akhir anda direkodkan secara rasmi, menjadikan ia perlumbaan sebenar melawan diri sendiri dan orang lain.
Mengapa Hyrox Sesuai Untuk Lelaki Malaysia?

Kredit foto: Red Bull
Di Malaysia, lelaki kini lebih prihatin terhadap gaya hidup sihat dan aktif. Tetapi ramai yang mencari alternatif kepada rutin gim yang membosankan. Hyrox memenuhi keperluan ini dengan memberi pengalaman sukan yang penuh intensiti, tetapi masih boleh diakses oleh semua, sama ada anda atlet aktif atau hanya seseorang yang ingin mencabar diri.
Antara sebab mengapa lelaki Malaysia mula meminati Hyrox:
-
Kepelbagaian latihan: Ia melibatkan kekuatan, kardio dan daya tahan.
-
Komuniti sokongan: Sertai bersama rakan atau pasangan, ada kategori “doubles” dan “relay”.
-
Perlumbaan berstruktur: Prestasi anda direkod dan dibanding secara profesional.
-
Latihan yang fleksibel: Anda boleh mula berlatih dari mana-mana gim atau di rumah dengan sedikit peralatan.
Persediaan Untuk Hyrox

Kredit foto: Myprotein
Jika anda serius ingin menyertai Hyrox, latihan awal adalah penting. Fokus pada tiga aspek utama:
-
Ketahanan kardiovaskular: Larian 8km bukan perkara kecil. Latihan interval dan long-distance run adalah penting.
-
Kekuatan serba fungsi: Berlatih sled push, burpee jumps, rowing, dan senaman angkat beban ringan ke sederhana.
-
Konsistensi & Mentaliti Berdaya Saing: Jangan hanya fokus fizikal, bina juga kekuatan mental untuk menyempurnakan cabaran berulang.
Banyak gim di sekitar Lembah Klang kini mula menyediakan kelas berinspirasikan Hyrox, cari studio yang menawarkan gabungan HIIT, circuit training dan endurance workouts.
Siapa Boleh Sertai?

Kredit foto: Village Gym
Satu kelebihan besarnya ialah inklusiviti. Acara ini terbuka kepada:
-
Lelaki dan wanita berumur 16 tahun ke atas
-
Peserta solo
-
Pasangan (doubles) sesuai untuk kawan atau pasangan suami isteri
-
Pasukan (relay, 4 orang)
Ini menjadikan Hyrox bukan sahaja satu acara kompetitif, tetapi juga aktiviti sosial yang menyeronokkan.
Buktikan Maskuliniti
Hyrox bukan sekadar acara kecergasan, ia adalah simbol kekuatan, ketahanan dan kejantanan moden. Dalam dunia yang penuh cabaran, Hyrox menawarkan platform untuk anda menguji had diri, membina disiplin, dan menunjukkan siapa anda sebenarnya.
Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk cabaran sebenar?
Artikel berkaitan: 5 MANFAAT SUKAN TINJU UNTUK KESIHATAN TUBUH
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Lelaki. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ENAM PERSONALITI TEMPATAN CABAR DIRI SERTAI HYROX DI SHANGHAI, BARCELONA & SEOUL
Enam personaliti tempatan kini mencuri perhatian apabila menyertai cabaran kecergasan HYROX di Shanghai, Barcelona & Seoul. Acara yang terkenal sebagai gabungan larian dan latihan fungsi ini semakin popular dalam kalangan selebriti Malaysia
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
7 SELEBRITI TEMPATAN MEYERTAI HYROX SINGAPORE 2026, SEBARIS CHOI MINHO DAN JAY PARK
Selebriti lelaki Malaysia telah menjadi salah satu perhatian utama di acara HYROX Singapore 2026 yang diadakan selama tiga hari di Singapura.
HIGH PERFORMANCE: KUYIN KAMARUDDIN, “SEBAGAI PELARI JARAK JAUH, STAMINA DAN KETAHANAN MENJADI KEKUATAN UTAMA SAYA.”
"Saya percaya ramai yang bersetuju bahawa bersukan merupakan salah satu cara paling efektif untuk melepaskan tekanan," Kuyin Kamaruddin.
HIGH PERFORMANCE: IKMAL AMRY AKTIF AKTIVITI KECERGASAN, CETUS INSPIRASI BUAT LELAKI MASA KINI
Aktif dalam bidang berprestasi tinggi, mereka bukan sahaja menguji had keupayaan diri, malah secara tidak langsung pencetus inspirasi buat generasi masa kini











